Connect with us

Berita Lain

ROS Masih Siasat Status CEC DAP



PUTRAJAYA 29 Jan. – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS)
masih lagi menjalankan siasatan mengenai aduan akar umbi DAP terhadap pemilihan
semula Ja­watankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu pada 12 November tahun
lalu yang didakwa tidak sah dan tidak mengikut undang-undang ditetapkan.

Ketua Pengarahya, Surayati Ibrahim ber­kata, pihaknya ma­sih
belum membuat sebarang ketentuan berhubung status CEC DAP dan kedudukan parti
itu berikutan siasatan masih belum dilengkapkan.

“Setakat ini belum diputuskan (status sama ada CEC DAP sah
atau tidak sah), ia masih lagi dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan
Malaysia di sini hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ketika ditanya sama ada siasatan status CEC DAP itu dapat
dilengkapkan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), be­liau hanya dengan
ringkas berkata “adalah nanti.”
Semalam, akhbar Mingguan Malaysia menerusi ruangan Awang
Selamat meminta ROS membuat ketentuan me­ngenai sta­tus pemilihan se­mula CEC
DAP sama ada sah atau tidak kerana meliputi aduan daripada 16 perwakilan dan
ahli DAP yang mahukan pemilihan semula diadakan.
Bantahan terhadap pemilihan CEC DAP pada 12 November 2017
itu melibatkan pelbagai isu termasuk kertas undi tidak diletakkan nombor siri
dan nama calon, tiada pa­meran senarai nama calon di media dan proses pengiraan
undi dibuat secara tertutup tanpa sebarang pemerhati dan wakil.
Antara yang membuat aduan kepada pihak ROS adalah Timbalan
Pengerusi DAP Cawangan Asam Kumbang, Santokh Singh yang mendakwa pemilihan
semula itu tidak mengikut undang-undang ditetapkan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sebelum ini, CEC DAP didapati tidak sah dan terbatal oleh
ROS sebanyak dua kali iaitu pada 15 Disember 2012 dan 29 September 2013.

– Utusan Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel