Connect with us

Berita Lain

‘Sarjan Faiz’ Di Penjara 66 Bulan Dan Disebat


RAUB — Seorang buruh 
dijatuhi hukuman penjara selama 66 bulan dan lima kali sebatan setelah
mengaku bersalah atas lima pertuduhan termasuk menyamar sebagai anggota polis,
dalam dua kes berasingan pada akhir tahun lepas dan 2016.
Mohd Faizal Sinorcho, 31, atau lebih dikenali sebagai ‘Sarjan
Faiz’ membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret
Khairuddin Anhar Mahmud.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua tertuduh didakwa
melarikan seorang remaja perempuan berusia 17 tahun  dengan niat mengurungnya secara sulit dan
salah.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu dengan menyamar
sebagai seorang anggota polis berpangkat sarjan sedangkan dia mengetahui dia
tidak memegang jawatan itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Kedua-dua perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung
Ulu Gali, Sungai Ruan, di sini pada kira-kira 11 pagi, 27 Dis tahun lepas.
Dia didakwa mengikut Sesyen 365 Kanun Keseksaan yang jika
sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum sehingga tujuh tahun
serta denda.
Untuk kesalahan kedua, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen
170 kanun yang sama yang memperuntukkan 
hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Untuk pertuduhan ketiga, Mohd Faizal yang tidak diwakili
peguam turut didakwa memiliki sepucuk pistol tiruan berwarna hitam berjenama
STI tanpa permit pada 12 tengah hari, hari yang sama berhampiran sebuah kedai
motosikal di sini.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36 (1) Akta
Senjata Api 1960 (Akta 206) memiliki senjata api tiruan yang jika sabit
kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun, atau denda sehingga
RM5,000 atau kedua-duanya.
Dalam satu kes berasingan, Mohd Faizal didakwa di bawah dua
pertuduhan menipu serta memperdaya seorang warga emas Fatimah Sulaiman, 64,
dengan menyamar sebagai Insp Khuzairi daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Raub.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh telah meminta mangsa
menyerahkan wang sejumlah RM500 dengan memasukkannya dalam akaun V. Aravintan
jika tidak mahu kertas siasatan dibuka terhadap seorang anaknya berhubung
kesalahan penyalahgunaan dadah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 6.30 petang,
9 Dis 2016, di tempat yang tidak dinyatakan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 420 dan 170 Kanun
Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10
tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Pegawai Pendakwa Mohd Faizal Shamsir kemudian memohon kepada
mahkamah agar mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh memandangkan kes
itu mendapat perhatian umum.
Majistret kemudian memerintahkan agar tertuduh dikenakan
hukuman penjara selama 48 bulan untuk tiga pertuduhan bagi kes pertama,  bermula tarikh tangkap pada 6 Jan lepas.
Bagi dua pertuduhan kes kedua pula, mahkamah mengarahkan
agar tertuduh dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan  selepas selesai menjalani hukuman penjara
untuk kes pertama dan lima kali sebatan.

Advertisement
– BERNAMA

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel