Connect with us

Berita Lain

Saya Sudah Nak Masuk 93 Tahun, Saya Tak Akan Jadi PM Sampai Usia 100 Tahun – Tun M

Foto: FMT

Walaupun tidak menyatakan dengan jelas, Tun Dr Mahathir
Mohamad berkata soal sama ada beliau perlu dinamakan sebagai calon perdana
menteri “sementara” bagi Pakatan Harapan (HARAPAN) atau tidak
bukanlah perkara besar, memandangkan usianya yang sudah lanjut.
“Tahun ini usia saya 92 tahun. Saya sudah nak masuk 93
tahun. (Dan) Jelas saya tidak akan menjadi perdana menteri atau apa sahaja
sehingga berusia 100 tahun,” katanya pada sidang media di Putrajaya, hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ditanya lagi sama ada HARAPAN perlu menggunakan istilah
“perdana menteri sementara”, beliau berkata: Terpulang kepada mereka
(parti komponen). Kami adalah pakatan bebas, kami boleh menggunakan apa sahaja
istilah yang kami mahu.”
Semalam, Malaysiakini melaporkan PKR lebih cenderung untuk
menggunakan istilah “perdana menteri sementara” manakala Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan DAP
berpandangan istilah itu tidak akan memberi kesan seperti yang mereka harapkan.
Menurut sumber, istilah itu tidak mendatangkan keyakinan dan
menimbulkan tanggapan HARAPAN tidak mampu untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang
stabil.
Malaysiakini juga melaporkan yang HARAPAN dijangka
mengumumkan Mahathir sebagai calon perdana menteri dan Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail sebagai calon timbalan perdana menteri ketika konvensyen gabungan
itu Ahad ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Soal istilah itu dijangka akan dibincangkan dalam mesyuarat
Majlis Presiden HARAPAN esok. Pengumuman tersebut akan dibatalkan jika tiada
kata sepakat dapat dicapai antara semua parti komponen.
Mengulas laporan Malaysiakini itu, Mahathir berkata beliau
akan akur dengan keputusan keempat-empat parti.

“Saya akan ikut keputusan kesemua empat parti,”
katanya.

Berkenaan pendirian PKR dalam soal itu pula, Mahathir
berkata beliau tidak tahu kerana parti tersebut “tidak memaklumkan
apa-apa”.



Sumber: Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel