Connect with us

Berita Lain

Syak Gambar Anak Dirakam ‘Mat Bangla’, Wanita Beranikan Diri Hampiri Suspek Dan Dapati…


Ancaman kes pedofilia tidak boleh dipandang mudah, dan
pengalaman hitam berdepan insiden tersebut turut berlaku kepada seorang wanita
dikenali Siti Umairah, yang mana status dimuat naik di laman Facebooknya
berhubung kejadian itu kini tular di laman sosial.
Menurut Siti Umairah, kejadian berlaku kira-kira jam 9 malam
tadi (Isnin) ketika dia bersama anak perempuan bernama Layla Salikin, ibu serta
kakaknya pergi membeli-belah di pasaraya Tesco di Kulim, Kedah.
Setiba di pusat membeli belah itu, dia dan ahli keluarga
yang lain berpecah bagi mencari barang masing-masing.
Ketika dia sedang memilih pakaian untuk anak perempuannya
itu, Siti Umairah terkejut apabila mendakwa seorang lelaki warga Bangladesh
bertindak merakam gambar Layla Salikin.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mengesyaki sesuatu tidak kena, Siti Umairah memberanikan
diri menghampiri suspek, yang ketika itu bersama kira-kira lima lagi lelaki
yang juga warga asing bagi mendapatkan kepastian kerana bimbang gambar anak
perempuannya menjadi mangsa pedofilia.
“Saya gagahkan diri dan bertanya dalam nada marah,
“Buat apa?!”. Mereka mula menjauhkan diri.
“Saya tolak troli dan ikut sambil jari menunding dan beri
isyarat memanggil mereka ke mari dengan mulut saya lantang berkata, “Open
camera gallery, delete. I call police”,” katanya dalam entri tersebut yang
sehingga kini mendapat perkongsian lebih 7,600 pengguna Facebook.

Advertisement
Siti Umairah menambah suspek yang memegang telefon bimbit
kemudian berpatah balik ke arah dia sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya
yang sudah mula kelihatan gelisah.
Suspek kemudian membuka galeri gambar di dalam telefon
bimbit miliknya dan alangkah terkejutnya Siti Umairah apabila mendapati gambar
anak perempuan telah dirakam oleh lelaki warga asing itu.
Siti Umairah turut mendakwa terdapat banyak lagi gambar
dipercayai gambar kanak-kanak lain yang telah dirakam oleh suspek.
“Dia buang semua gambar Layla sambil mulutnya tidak berhenti
berkata, “Okay, delete (padam), delete, delete. Sorry (Maaf), sorry. I
don’t know. (Saya tidak tahu) Sorry, no police (jangan panggil polis).”
“Allah, gais, ampa rasa? Saya ketaq segala-galanya. Saya
pergi cari mak dan kakak ipar dan ceritakan apa yang berlaku. Saya bertekad nak
maklumkan kejadian itu kepada pihak Tesco,” ujarnya.
Bagaimanapun, Siti Umairah melahirkan kekesalan selepas
mendakwa kakitangan pasaraya berkenaan tidak memberikan bantuan yang sepatutnya
dan hanya mengarahkan dia membuat aduan di kaunter khidmat pelanggan.
“Saya nampak dua orang kakitangannya di bahagian keju,
tetapi mereka tak layan. Mereka suruh saya pergi ke bahagian khidmat pelanggan
sebab manager ada di situ. Seriuslah bhai?
“Saya call (hubungi) suami, Izmai Ikhlas, Mohd Izwan Ohtman
Arshad dan beritahu semua yang berlaku tadi. Saya teruskan ambil apa yang saya
mahu dan masih nampak segerombolan lelaki Bangla itu masih berlegar-legar
dengan tangan salah seorang daripadanya masih memegang telefon bimbit.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya buat bayaran, pergi ke kaunter khidmat pelanggan dan
ceritakan kejadian itu. Kakitangannya pula kata, “Okay, kami akan
berhati-hati.”. What? Itu saja? Tak nak tanya saya ke lelaki yang mana?
(segerombolan lelaki Bangla itu sedang menuju keluar tanpa membeli apa-apa).
Demmit! Celaru. Ikut mak dan kakak ipar yang menunggu di food court,” katanya
lagi.
Tambahnya lagi, sekumpulan lelaki warga asing itu masih
berada di lokasi kejadian ketika dia menunggu abangnya datang ke food court di
pasaraya berkenaan. Kesempatan itu digunakan oleh Siti Umairah untuk merakam
gambar suspek, walaupun tindakannya itu disedari salah seorang daripada mereka.
Jelasnya, mujurlah anggota polis datang ke lokasi kejadian
dan menunggu mereka sekeluarga di tempat meletak kereta. Namun malangnya,
suspek-suspek sudah tiada di lokasi kejadian dipercayai sudah melarikan diri.
“Gais out there, parents out there, maaf. Entah kenapa saya
tak suruh saja makhluk itu delete semua gambar budak-budak yang ada di dalam
handphonenya. Maaf, saya sangat blur pada masa itu. Entah dari mana saya dapat
kekuatan untuk menghampiri mereka pada awal kejadian.

“Please, sambil kita mencuci mata, rupa-rupanya ada yang
‘curi’ (cahaya) mata kita. Dalam kes ini, Alhamdulillah saya terberani dan
Alhamdulillah segerombolan lelaki Bangla itu tidak mengganas. Itu saja yang
saya nak beritahu,” katanya sambil mengucapkan terima kasih kepda anggota polis
dan pihak terbabit yang membantunya.



– Malaysian Digest

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel