Connect with us

Berita Lain

‘Tiada Apa Dr Mahathir Boleh Buat Sebagai PM Sementara’


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Datuk Ibrahim
Ali mempertikai strategi Pakatan Harapan (HARAPAN) menamakan Tun Dr Mahathir
Mohamad sebagai perdana menteri sementara.
Ibrahim berkata, sekiranya HARAPAN mengambil alih Putrajaya,
tidak ada apa yang dapat dilakukan oleh tokoh terbabit sebagai perdana menteri
sementara dalam tempoh enam hingga 12 bulan.
Ini kerana, menurutnya, sesebuah dasar perlu melalui proses
Parlimen yang akan mengambil masa berbulan-bulan.
“Saya tetap hormati Tun tetapi apa yang Tun M boleh buat
dalam tempoh enam hingga 12 bulan?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Nak ubah dasar kena ke Parlimen dan proses Parlimen memakan
masa berbulan-bulan,” soal Ibrahim dalam sidang media di ibu pejabat kumpulan
pendesak Melayu itu di Kuala Lumpur hari ini.
Ahad lalu, di akhir Konvensyen HARAPAN Dr Mahathir dinamakan
sebagai calon perdana menteri bagi pakatan pembangkang itu.
Sementara Presiden HARAPAN, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail,
dinamakan sebagai calon timbalan perdana menteri.
Melalui muafakat di konvensyen itu, HARAPAN juga menyatakan
hasrat mendapatkan pengampunan diraja untuk membebaskan Datuk Seri Anwar
Ibrahim.
Ketua Umum HARAPAN itu seterusnya disebutkan sebagai calon
perdana menteri kelapan sekiranya pembangkang yang dipimpin Dr Mahathir berjaya
menubuhkan kerajaan.
Ibrahim yang juga bekas anggota parlimen Pasir Mas
mempersoalkan apakah PRU ke-14 akan datang ini akhirnya menobatkan bekas
banduan sebagai perdana menteri.
Katanya ia menjadi amalan luar biasa apabila seorang banduan
yang masih belum dibebaskan kemudian diumum bakal dijadikan perdana menteri.
“Jika ini caranya, saya tidak tahu bagaimana nanti
HARAPAN akan mentadbir negara,” katanya.


Ibrahim yang mempunyai latar belakang perundangan berkata,
semua pihak perlu menghormati peraturan negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya seseorang yang hendak mendapat pengampunan harus
mengikut prosedur yang betul.
Melalui pengumuman HARAPAN, kata Ibrahim, pakatan
pembangkang itu seolah-olah membelakangi Yang di-Pertuan Agong.
Jika akhirnya Anwar diangkat juga menjadi perdana menteri,
Ibrahim menjelaskan, pihak yang paling beruntung ialah PKR.
“Kita tengok politik pembangkang ini dimenangi oleh tiga
beranak – Anwar, isteri dia dan anak dia.

“Isteri (Dr Wan Azizah) jadi timbalan perdana menteri,
kemudian bersara, suami pula jadi perdana menteri.
“Tentulah anaknya (Nurul Izzah) juga akan jadi anggota
kabinet dan Malaysia jadi kepunyaan keluarga Anwar Ibrahim,” katanya.

Keadaan itu menurut Ibrahim menampakkan pembangkang tiada
tokoh lain yang berwibawa selain Anwar.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel