Connect with us

Berita Lain

Tun M Nafi Kata Mufti Kafir


SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
nafi membuat kenyataan bahawa mufti adalah kafir.
Sebaliknya, dakwa beliau, ia sengaja disalah tafsirkan
bertujuan menyelamatkan diri.
“Apa yang saya kata ialah, jika mufti tidak menolak dakwaan
Pas dan Amanat Hadi,  bahawa orang Islam
yang bekerjasama dengan orang kafir menjadi kafir, maka mufti juga akan jadi
kafir kerana mereka tidak menyatakan penolakan mereka.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Mufti bukan sebarang orang. Mufti bertanggungjawab
menasihati raja dan rakyat berkenaan agama Islam,” katanya dalam kenyataan
media, menjawab tuduhan mengenai mufti kafir oleh sebuah akhbar.
Menurut Mahathir, menjadi tanggungjawab mufti memberi
pendapat sama ada dakwaan Pas dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,
benar atau tidak.
“Amanat Hadi dibuat kerana politik tetapi amanatnya
memesongkan agama orang Islam.
“Oleh kerana mufti tidak memberi pendapat tentang
pengkafiran ini, maka ramailah orang Islam percaya dan taksub dengan dakwaan
Abdul Hadi dan Pas.
“Kepercayaan ini menyebabkan ada yang mendakwa ibu bapa
mereka kafir, berkahwin sekali lagi, menolak makan sembelihan orang Umno
(sebagai haram), sembahyang berasingan imam, mendirikan masjid sendiri dan
bermacam lagi, kononnya kerajaan Malaysia kafir dan orang yang tidak menyertai
Pas adalah kafir,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dakwa Mahathir, sehingga hari ini mufti tidak menolak
dakwaan Pas dan Abdul Hadi.
Katanya, di Terengganu masih ada orang Islam yang percaya
bahawa Umno dan orang lain yang tidak menyertai Pas adalah kafir.
“Mufti tidak harus terlibat dengan politik. Tetapi apabila
agama diperalatkan untuk politik dengan mengelirukan orang Islam, maka menjadi
tanggungjawab mufti, memberi penjelasan sama ada pendapat orang politik itu
benar-benar berasas kepada Islam.
“Sehingga sekarang belum ada pendapat atau penjelasan yang
dibuat oleh mufti. Jika orang bukan Pas termasuk saya dianggap kafir, maka
mufti juga boleh dikatakan kafir kerana tidak menyertai Pas,” katanya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel