Connect with us

Berita Lain

Ahli PPBM Kesal Dituduh Pengkhianat


SUNGAI PETANI: Lebih 100 ahli Pemuda Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (PPBM) Bahagian Merbok kecewa apabila hasrat meminta penjelasan
daripada kepimpinan parti mengenai pelbagai isu, dilabelkan sebagai pengkhianat
parti.
Wakilnya, Mohd Adam Mohd Ali, 26, berkata tidak adil pucuk
pimpinan PPBM menuduh ahli PPBM Bahagian Jerai yang membuat sidang media minggu
lalu sebagai pengkhianat tanpa membuat sebarang penjelasan terhadap isu
dibangkitkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Katanya, sebagai pelapis muda PPBM, mereka mahu pengerusi
parti, Tun Dr Mahathir Mohamad dan presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjawab
isu dibangkitkan kerana ia menjadi satu tanda tanya kepada ahli pada peringkat
akar umbi.
“Apa yang kami mahu ialah Dr Mahathir dan Muhyiddin
bercakap jujur atas segala tuduhan dilemparkan kepada mereka.
“Isu kekayaan anak Dr Mahathir sehingga kini masih
belum terjawab, begitu juga isu Muhyiddin yang didakwa menjadi punca kes
perceraian sepasang suami isteri,” katanya pada sidang media di sini, hari
ini.
Katanya, pimpinan di peringkat bawahan sukar memberi
penjelasan kepada ahli akar umbi apabila ditanya kesahihan dakwaan dan tuduhan
itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Malah, tindakan pemimpin parti yang mencari masalah
dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) turut mengecewakan kami.
“Sebagai ahli, kami tidak mahu PPBM diharamkan seperti
UMNO diharamkan ketika Dr Mahathir menjadi presiden dulu,” katanya.
Mohd Adam berkata, mereka bersedia menerima sebarang
tindakan daripada kepimpinan parti ekoran sidang media diadakan hari ini.



– BH Online

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel