Connect with us

Berita Lain

Azalina Harap Draf Undang-Undang Berita Palsu Akan Dibawa Ke Kabinet


Draf undang-undang baru untuk membendung berita palsu
diharap akan dapat dibentangkan kepada Kabinet dalam masa terdekat, kata
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata ini bagi membolehkan perbincangan lebih
terperinci dilakukan termasuk melibatkan kajian terhadap aspek hukuman atau
bayaran pampasan.
“Mungkin menteri-menteri kabinet akan ada pandangan sendiri.
Mungkin daripada segi dasar kerajaan mahu buat pengkhususan dalam aspek hukuman
atau dalam aspek bayaran pampasan, itu semua kita kena kaji.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Sebaik kita dapat konsensus dalam kabinet, saya berharap
kita boleh bawa undang-undang baru ini ke sesi parlimen akan datang,” katanya
dalam sidang media selepas melancarkan Akaun Amanah Bantuan Guaman di Shah Alam
hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman (JBG)
Datuk Haini Hassan.
Pada 30 Jan lepas, Azalina mengumumkan bahawa kerajaan telah
menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mengkaji undang-undang baru untuk
membendung berita palsu yang boleh mengancam kestabilan politik, menggugat
ketenteraman awam dan keselamatan negara.
Beliau dilaporkan berkata langkah baru untuk menangani
penularan berita palsu perlu diambil supaya orang ramai lebih bertanggungjawab
dalam menghasilkan, menyebarkan dan berkongsi berita tidak sahih serta memastikan
keselamatan negara terus dipelihara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengulas lanjut, Azalina berkata, jawatankuasa khas tersebut
akan mengadakan mesyuarat teknikal kedua esok bagi melihat cara draf undang-undang
baharu berkenaan dibaca bersama akta-akta berkaitan sedia ada.
“Besok, dalam mesyuarat teknikal itu, wakil-wakil dari
agensi berkaitan termasuk dari Jabatan Peguam Negara akan lihat undang-undang
sedia ada. Undang-undang baharu ini ada sikit dalam Kanun Keseksaan, ada
sedikit di bawah Akta Jenayah Komputer 1997 dan Akta Komunikasi dan Multimedia
1998.

Advertisement
“Undang-undang baru ini tidak ada definisi tertentu
serta tiada pendekatan yang lebih fokus. Ini kerana berita palsu tidak
semestinya melibatkan individu, kadang-kadang ia melibatkan institusi dan tidak
semestinya berita atau maklumat palsu itu dari dalam negara, ia boleh datang
dari luar negara. Jadi macam-macam kita kena tengok intipati (draf),” katanya.
-Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel