Connect with us

Berita Lain

Azmin: Selesai Perselisihan Dengan Semangat Kekeluargaan



Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perselisihan antara PKR dengan Parti Amanah Negara (AMANAH) di negeri itu tidak lagi berbangkit.

“Bagi saya, isu ini tak lagi berbangkit kerana saya yakin ia dapat diselesaikan dalam waktu terdekat, dengan semangat kekeluargaan,” katanya kepada pemberita dalam majlis Sambutan Ponggal Negeri di Puchong, malam ini.
Beliau ditanya sama ada telah menghubungi Pengerusi AMANAH Selangor Mohd Izham Hashim secara peribadi, setelah laporan pertelingkahan mereka semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Semalam, Azmin mendakwa AMANAH berbohong apabila mengatakan rundingan berhubung pembahagian kerusi di Selangor belum dibuat.
Izham pula membalasnya dengan menyifatkan Azmin sebagai ‘joker’ dan tidak layak untuk memimpin. Kenyataan itu mencetuskan kemarahan pemimpin PKR Selangor.
Malaysiakini dalam laporannya semalam telah menggunakan perkataan ‘badut’ bagi maksud ‘joker’ di dalam versi Bahasa Melayu berita tersebut.
Namun Izham menjelaskan kenyataan itu telah disalahtafsirkan kerana apa yang dimaksudkannya adalah “pelawak” (joker).
Nasihat Mahathir
Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir menyatakan keyakinannya bahawa perselisihan itu akan selesai sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-14.
Beliau juga berkata dalam beberapa isu, pemimpin HARAPAN sebaiknya menyelesaikannya secara dalaman tanpa membuat kenyataan terbuka.
Azmin menyifatkannya sebagai nasihat yang baik dan perlu dipatuhi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Bagi saya, ia adalah nasihat yang baik, yang akan kita ikut. Apa yang penting perkara ini boleh diselesaikan dengan semangat kekeluargaan,” katanya.
Dalam ucapannya sebelum itu, Azmin menegaskan komitmen kerajaan negeri terhadap masyarakat India menerusi peruntukan untuk sekolah Tamil, serta kuil Hindu dan Sikh.
Anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dalam ucapan alu-aluannya membangkitkan sumbangan kerajaan negeri terhadap masyarakat India di kawasan itu, dengan menyelesaikan sejumlah masalah yang sudah dihadapi mereka lebih 20 tahun.
Turut hadir adalah exco kerajaan negeri V Ganabatirau.
Sumbangan turut diberikan kepada wakil kuil-kuil terpilih di Selangor.
– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel