Connect with us

Berita Lain

Bersatu Disifatkan ‘Parti Koboi’


KLUANG – Tindakan pucuk kepimpinan Parti Bersatu yang
melanggar perlembagaan sehingga menimbulkan pelbagai masalah dalaman menjadikan
parti itu disifatkan sebagai sebuah ‘parti koboi’.
Bekas Penyelaras Bersatu Kluang, Arjuna Putra Ali berkata,
pelbagai masalah dalaman berkaitan perlembagaan disuarakan oleh ahli-ahli akar
umbi yang merangkumi isu perlaksanaan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM), yuran
keahlian, ketiadaan penyata kewangan, 
pendaftaran ahli di luar pengetahuan dan perlantikan ketua bahagian
dalam kalangan kroni.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Katanya, kegagalan tersebut membuatkan parti Bersatu dilihat
sebagai ‘parti koboi’ dan beliau juga mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
(ROS) mengambil tindakan konkrit dan segera terhadap lebih 400 petisyen aduan
dihantar ahli parti sejak Oktober tahun lalu.
“Ada kemungkinan besar yang ‘makan dedak’ dan wujud
tali barut Tun Mahathir Mohamad (Pengerusi Bersatu) dalam ROS dan jika ada,
siasat segera individu ini.
“Saya mewakili 398 pengadu terdiri dari akar umbi
Bersatu mendesak ROS mengambil tindakan tanpa prejudis terhadap lebih 400
petisyen aduan yang dihantar dalam tempoh 10 hari bermula hari ini.
“Jika tiada penyelesaian, saya bersama semua pengadu
akan mengadakan demonstrasi aman di hadapan ibu pejabat ROS,” katanya pada
sidang media di Villa Casa Bianca, di sini, hari ini.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});


Arjuna Putra berkata, petisyen aduan yang dihantar kepada
ROS membabitkan lima perkara iaitu pelaksanaan AGM, yuran keahlian, pendaftaran
keahlian tanpa pengetahuan penama, pelantikan kroni Ketua Bahagian dan
kegagalan mengemukakan penyata kewangan.
“Seolah-olah ada keistimewaan pada Tun Mahathir. Kenapa
sehingga kini tiada tindakan sedangkan banyak aduan rasmi sudah dihantar.
“Saya juga ada menyimpan bukti percakapan di dalam
cakera keras (hard disk) selain maklumat peribadi pengadu, namun ia akan terus
kami simpan bagi mengelak ia ‘hilang’ (dalam simpanan ROS) sebelum dihantar
kepada ROS dalam tempoh 10 hari lagi,” katanya.
– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel