Connect with us

Berita Lain

Jutawan Wakafkan Semua Harta


BELIAU berjaya mencipta kejayaan di pelbagai bidang,
termasuklah pembuatan dan import eksport, perniagaan barangan kulit, perabot,
pakaian, barangan saintifik, jentera, haiwan ternakan dan banyak lagi.
Perniagaannya bercawangan sehingga ke London, Australia dan
seluruh Indonesia dengan rangkaian perniagaannya menjana jutaan ringgit. Acap
kali kisahnya tersiar di dada akhbar, majalah, corong radio dan kaca televisyen
sebagai usahawan Melayu cemerlang.
Insan ini antara anak orang biasa berjaya keluar dari
kepompong kemiskinan, hingga hasil usahanya beliau mampu memiliki kereta mewah,
motosikal berkuasa tinggi, rumah banglo, berhektar tanah dan wang simpanan.
Jika diikutkan beliau sudah berstatus jutawan ketika itu
boleh saja memilih untuk bersenang-senang menikmati pulangan dimilikinya itu
setelah menghadapi jerih-perihnya mengharungi kehidupan susah sebelumnya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Namun, apa dilakukan Dr Masjuki Mohd Musuri…. beliau
memilih untuk mewakafkan keseluruhan harta miliknya, tanpa satu sen pun gaji
dari syarikat Wakaf Enterprise (WE) rumah amalnya!
Bukan sekadar harta benda, malah dirinya sendiri
‘diwakafkan’ untuk mengelola dan mengasaskan rumah amal asnaf, anak yatim dan
pembangunan akhlak dinamakan Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP). 
“Yang saya dapat kepuasan. Bagi saya jenayah,
masyarakat hari ini pun berpecah belah berpunca kerana harta dan kuasa. Kerana
harta dan kuasa juga bermacam dosa berlaku.
“Dulu saya fikir kalau bersedekah kita dah boleh cuci harta.
Tapi bagaimana kita pasti baki hasil pendapatan kita itu masih bersih. Jadi
untuk pastikan semua tu bersih, saya nampak kita perlu wakafkan semua, sama
seperti isteri nabi, Khadijah, dan sahabat-sahabat Baginda yang wakaf harta
benda.
“Kita hidup seadanya dengan orang yang mengendalikan
rumah (RPWP) ini, makan pakai tempat tinggal kita kongsi semuanya. Bila dah tak
ada apa, punca fitnah membawa saya kepada dosa dah jauh ditinggalkan, jadi dah
tak ada modal, masa pun tak ada, nak buat dosa pun dah tak boleh,”
kongsinya dengan Sukarela. 
Bagi Dr Masjuki mesra dipanggil ‘Ayah’ kalangan warga RPWP
ini, itu yang dikatakan kepuasan dan kepastian penyucian hartanya.
Tambahnya lagi, bila otak jadi lapang dari hanya memikirkan
harta, dirinya sendiri berasa lebih sihat dan ketenangan yang menghasilkan
hormon positif menjadikan tubuh lebih seimbang.
“Insya-ALLAH di dunia kita dah ada ketenangan itu, di
sana nanti pun kita mudah. Jadi saya tak perlu kalut-kalut berasak fikir cari
duit. Dah 13 tahun, alhamdulillah tak berlapar walaupun tak bergaji, masih
pakai baju dan rumah yang baik.
“Sumber pendapatan sekarang, dari pulangan perniagaan
yang diwakafkan. Kita pakai apa perlu, bukan pakai apa yang kita mahu,”
katanya.
Tercetus idea

Dunia hari ini penuh kerosakan akhlak, malah pelbagai isu
timbul kalangan masyarakat, lantaran kasih sayang tidak lagi menjadi bahasa
dunia menggusarkannya.                       


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Pengalamannya sendiri sedari kecil, belajar dan berniaga,
sehingga terlibat pelbagai NGO sana dan sini, membuka matanya sekalipun NGO
banyak yang ‘ditunggang’ untuk mengejar pangkat dan harta. Justeru idea
penubuhan RPWP tercetus.
Dr Masjuki sebagai pengasas utama bersama sekumpulan 20
keluarga Warga Prihatin, masing-masing berkongsi visi dan misi untuk
merealisasikan usaha amal bagi kebaikan diri, keluarga dan masyarakat dengan
gerak kerja lebih jelas dan teratur.
Mereka terdiri daripada pelbagai golongan, dari profesional
hingga fakir miskin dan asnaf yang menjalani hidup berkeluarga di bawah naungan
RPWP itu sendiri.
Bangunan RPWP ini menempatkan keluarga asnaf kalangan
pengasas dan sukarelawan sepenuh masa.
Mereka bertugas menjaga pelbagai golongan seperti anak
yatim, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal, warga emas, asnaf dan pelbagai
golongan rosak akhlak. Kesemua mereka disatukan di bawah satu bumbung menjadi
sebuah keluarga besar.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel