Connect with us

Berita Lain

Pakatan Harapan Saman ROS


Beberapa pemimpin Pakatan Harapan hari ini memfailkan saman
terhadap Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).
Saman itu dibuat selepas jabatan kerajaan itu didakwa gagal
memberi maklum balas terhadap permohonan gabungan itu untuk didaftarkan secara
rasmi.
Saman-saman itu difailkan oleh peguam Gobind Singh Deo, yang
juga ketua biro guaman DAP, bagi pihak pemimpin-pemimpin kanan empat parti
komponen HARAPAN.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Mereka ialah Ketua Sekretariat HARAPAN Saifuddin Abdullah,
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin
Nasution, Setiausaha Agung BERSATU Datuk Seri Shaharuddin Md Salleh dan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (AMANAH) Abang Ahmad Kerdee Abang
Masagus.

“Secara ringkasnya, kami sudah memfailkan permohonan untuk
pelbagai arahan.
“Secara khususnya, ROS harus menjawab atau memberi maklum
balas terhadap permohonan yang difailkan.
“Sampai hari ini masih tiada maklum balas,” kata Gobind
kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Kesemua pemohon turut hadir.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

HARAPAN berhasrat menggunakan logo tunggal bagi berdepan BN
dalam pilihan raya umum akan datang dan kegagalan mendaftar sebagai gabungan
rasmi boleh menjejaskan usaha itu.
Bagi mereka, penggunaan logo bersama itu penting bagi
memudahkan pengundi selain menunjukkan bersamaan gabungan pembangkang.
Pilihan raya umum ke-14 mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos
ini.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel