Connect with us

Berita Lain

Rundingan Muktamad, Bersatu Beroleh Kerusi Dun Terbanyak


ALOR SETAR – Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz
Mahathir mengesahkan Bersatu beroleh jumlah kerusi Dun terbanyak berbanding
rakan pakatannya di Kedah.
Bagaimanapun, katanya, ia mendapat persetujuan Majlis
Presiden Pakatan Harapan (Harapan).
“Biasalah ada agihan kerusi yang memihak kepada kita, ada
tidak. Atas persetujuan bersama, jumlah kerusi terbanyak Dun Kedah diberikan
kepada Bersatu,” katanya.
Menurut Pengerusi Harapan Kedah itu, semua empat parti
berpuas hati dengan rundingan 36 kerusi Dun yang dimuktamadkan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Yang penting kita kena menang walau siapa pun calon yang
bertanding mewakili Harapan. Rasa tak puas hati itu biasa, namun jika kita
dapat kesan awal, masih ada masa untuk redakan keadaan,” katanya.
Sebelum ini, empat kerusi dalam rundingan akhir adalah Gurun
(PKR/DAP), Kulim (Bersatu/PKR/DAP), Guar Chempedak (Bersatu/Amanah) dan Pantai
Merdeka (Bersatu/Amanah).
Spekulasi awal yang dibuat berdasarkan kepada kekuatan parti
itu, kemungkinan menyaksikan formula yang diguna pakai Harapan Kedah adalah
14-10-10-2 (Bersatu/Amanah/PKR/DAP).
Dalam pada itu, Mukhriz berkata, beberapa siri sidang media
yang didakwa melibatkan ahli Bersatu mengkritik kepimpinan tertinggi parti itu
meragukan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya, sepatutnya sebarang permasalahan parti hendaklah
dirujuk terlebih dahulu kepada kepimpinan negeri untuk kenal pasti persoalan
dibangkitkan.
Menurutnya, sebelum ini beberapa ahli Bersatu di negeri lain
turut mengadakan siri sidang media menyatakan rasa tidak puas hati terhadap
pengurusan parti, di mana terbukti wujud ‘tangan ghaib’ yang mengatur drama
bersiri berkenaan.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel