Connect with us

Berita Lain

Saya Harap Tun Tidak Tanding Sini, Kata Wakil Rakyat Langkawi


GEORGE TOWN: Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad
berharap Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan bertanding di pulau itu sebagaimana
spekulasi sebelum ini, sambil berkata ia akan mengundang pelbagai kata-kata
yang “menyakitkan hati” terhadap bekas perdana menteri itu.
Nawawi yang mengakui sumbangan besar pengerusi PPBM itu,
berkata dengan tidak bertanding di Langkawi juga menepati status diri Dr
Mahathir.
“Dengan penuh rasa hormat, saya berharap Dr Mahathir tidak
akan bertanding di Langkawi. Sebaik kempen pilihan raya bermula, mungkin ada
yang akan mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati kepadanya,” katanya kepada
FMT.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Beliau sudah banyak meyumbang kepada Langkawi. Saya perakui
perkara itu. Jadi, kita tidak patut menyakiti perasaannya,” katanya ketika
dihubungi FMT.
Dr Mahathir, yang dicalonkan sebagai bakal perdana menteri
oleh Pakatan Harapan, sebelum ini menamakan Langkawi antara 3 kawasan Parlimen
yang mungkin ditandinginya pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Pada PRU lalu, Nawawi mengalahkan calon PKR dengan majoriti
11,861 undi.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada beliau akan dicalonkan
sekali lagi.
Nawawi yakin Barisan Nasional (BN) akan kekal kuat di
Langkawi.
Menurutnya, gabungan itu mempunyai pangkalan ahli yang besar
sebagai pengundi Langkawi, mencecah 40% daripada jumlah keseluruhan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Ini bermakna Umno dan BN hanya memerlukan 10% undian lagi
untuk menjamin kemenangan.
Nawawi juga berkata kekalahan BN di Langkawi akan
menjejaskan ekonomi pulau itu sebagai pusat pelancongan.
“Jika Langkawi jatuh ke tangan pembangkang, bajet untuk
Langkawi akan menjadi sedikit.

Advertisement
“Langkawi harus kekal dengan BN, sama seperti Putrajaya,
untuk ia terus memperoleh bajet mencukupi untuk pembangunan pelancongan di
pulau itu,” katanya.

Sumber: Free Malaysia Today

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel