Connect with us

Berita Lain

SPRM Beku Akaun Bank RM3.6j, Sita Kereta Mewah


KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
hari ini membekukan empat akaun bank syarikat milik seorang ahli perniagaan
bergelar ‘Datuk Seri’ yang ditahan semalam, bernilai RM3.6 juta.
Menurut sumber, SPRM turut menyita empat buah kenderaan mewah
iaitu Toyota Vellfire, Mercedes Benz, Land Rover dan Hyundai Starex yang
dianggarkan bernilai RM1.3 juta serta tiga buah televisyen bernilai RM167,900.
“Selain itu, turut disita ialah sebuah rumah bernilai
kira-kira RM2.5 juta yang terletak di Petaling Jaya,” kata sumber berkenaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Sementara itu, Pengarah Kanan Jabatan Siasatan SPRM Datuk
Simi Abd Ghani ketika dihubungi mengesahkan penyitaan itu dan berkata pasukan
penyiasat masih dalam proses mengumpul bukti bagi membantu siasatan.
Semalam, SPRM menahan seorang ahli perniagaan disyaki
menerima rasuah RM19 juta kononnya bagi mempengaruhi penutupan kes siasatan
projek mega terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang.
Suspek yang berumur 37 tahun itu dipercayai menerima wang
berkenaan daripada sebuah syarikat selepas beliau dikatakan mampu
‘menyelesaikan’ siasatan yang dijalankan oleh SPRM.
SPRM menjalankan siasatan terhadap kajian projek terowong
dasar laut di Pulau Pinang itu dan suspek berkemungkinan meyakinkan sebuah
syarikat bahawa dia mampu menutup dan menyelesaikan siasatan yang dijalankan
oleh SPRM. – BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel