Connect with us

Berita Lain

Tun M, Khairuddin Gagal Saman Najib


PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
dan bekas Naib Ketua Umno Batu  Kawan,
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan gagal menyaman Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak atas dakwaan salah guna kuasa membabitkan dana pembangunan
strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Ia berikutan tiga panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang
dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Raus Sharif sebulat suara menolak
permohonan Tun Mahathir dan Khairuddin untuk kebenaran untuk merayu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam keputusan itu, mahkamah berpuas hati persoalan
undang-undang Seksyen 96 Akta Mahkamah-Mahkamah Kehakiman 1994 (CoJA) tidak
melepasi aras jangkaan yang ditentukan.
“Pemohon haruslah memenuhi kehendak seksyen tersebut
bagi mendapatkan kebenaran,” katanya.
Justeru, mahkamah memerintahkan Tun Mahathir dan Khairuddin
membayar RM20,000 sebagai kos kepada Najib.
Tun Mahathir dan Khairuddin diwakili peguam Haniff Khatri
manakala Cecil Abraham mewakili Najib pada prosiding itu.
Pada 28 April tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
memutuskan Najib sebagai perdana menteri, bukan penjawat awam tetapi seorang
anggota pentadbiran.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos 2017 turut mengekalkan
keputusan mahkamah tinggi. Tun Mahathir, Khairuddin dan bekas Wanita Umno
Langkawi, Anina Saaduddin dalam samannya pada pada 23 Mac 2016 mendakwa Najib
sebagai perdana menteri, beliau terlibat dengan perbuatan salah laku
membabitkan dana 1MDB.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel