Connect with us

Berita Lain

11 Anggota PPBM, Pas, PKR Larut Keluar Parti Untuk Sertai UMNO



SELAMA: Seramai 11 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(PPBM), PKR dan PAS Bahagian Larut di sini keluar dari parti masing-masing
untuk menyertai UMNO pada Jumaat.

Mereka berbuat demikian kerana hilang kepercayaan terhadap
pucuk pimpinan parti yang didakwa tidak mempedulikan anggota di kawasan itu
selain perjuangan yang tidak konsisten.
“Saya lihat pembahagian kerusi dalam Pakatan Harapan
juga tidak adil kerana yang dapat lebih kerusi adalah DAP,” kata jurucakap
mereka, Mohd Radzi Ramli ketika ditemui selepas program Kenduri Sekampung di
Kampung Tapah, Sungai Bayor di sini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Turut hadir Anggota Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah
Zainudin yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Mohd Radzi yang juga bekas Ketua Bahagian PPBM Larut berkata
mereka yang menyertai UMNO terdiri daripada tujuh anggota PPBM, tiga anggota
PAS dan seorang anggota PKR.
Beliau mendakwa lebih ramai lagi anggota parti pembangkang
akan keluar parti selepas ini kerana kecewa dengan pucuk kepimpinan parti
masing-masing.
Sementara itu, Hamzah berkata anggota pembangkang
meninggalkan parti masing-masing dan menyertai UMNO kerana mereka hilang
kepercayaan kepada kepimpinan parti.”Mereka keluar parti untuk
bersama-sama kita untuk memperjuangkan demi bangsa, agama dan negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Di Larut, mereka yang keluar pakatan pembangkang
sehingga hari ini adalah lebih 300 orang,” katanya.
— Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel