Connect with us

Berita Lain

40 Tahun Penjara Dan 20 Sebatan


BAPA dijatuhi hukuman penjara 40 tahun oleh Mahkamah Sesyen
Kota Kinabalu selepas didapati bersalah terhadap dua pertuduhan melakukan
sumbang mahram terhadap anaknya.
Hakim Ainul Shahrin Mohamed turut memerintahkan lelaki, 45,
dikenakan hukuman 20 sebatan.
Dalam pertuduhan pertama mengikut Seksyen 376 Kanun
Keseksaan kerana merogol, tertuduh didapati bersalah melakukan sumbang mahram
terhadap anak perempuannya di Menggatal, Kota Kinabalu pada Disember 2015
ketika mangsa berusia 12 tahun.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Bagi pertuduhan kedua di bawah akta sama, tertuduh didapati
melakukan kesalahan sama terhadap mangsa pada Februari 2016.
Ketika menjatuhkan hukuman itu, Ainul memerintahkan tertuduh
untuk menjalani penjara 20 tahun dengan 10 sebatan bagi kesalahan pertama,
manakala 20 tahun penjara dan 10 sebatan untuk kesalahan kedua.
Ainul turut memerintahkan hukuman pertama dijalankan bermula
tarikh tertuduh ditangkap pada 26 Januari 2016 dan hukuman kedua dijalankan
selepas hukuman pertama selesai.
Ketika rayuan, peguam PJ Pereira yang mewakili tertuduh
berkata, anak guamnya tiada kesalahan lampau dan ia adalah kesalahan pertama
selain memberikan kerjasama baik kepada polis sepanjang tempoh tahanan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Sementara itu, Pegawai Pendakwa Cif Inspektor Lim Swee Beng
yang mewakili Timbalan Pendakwa Raya Hafizah Zahidah Abdullah menegaskan
tertuduh melakukan jenayah berat terhadap mangsa dan meminta mahkamah
mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran.
“Ini adalah satu kesalahan yang serius dan ia akan
meninggalkan trauma kepada mangsa tanpa mengira usianya,” katanya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel