Connect with us

Berita Lain

Annuar: Ada Portal Berita Pakar Buat Berita Palsu


Biro Penerangan Umno telah mengatur gerak kerja bagi
menangani berita palsu dan memerangi persepsi yang disebarkan pembangkang
menerusi media sosial dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa ketika ditemui
Bernama berkata isu yang dihadapi biro tersebut bukan lagi isu stereotaip dan
mudah diramalkan, sekali gus menuntut PRU14 yang disifatkan sebagai ibu segala
pilihan raya itu perlu dikendalikan dengan cara tersendiri.
“Cabaran yang kita hadapi kini lebih kompleks, kita
tidak boleh nak agak dari segi masa dan apa cerita yang nak direka.
Kadang-kadang ada yang menggunakan sumber dari luar negara atau menggunakan
agensi atau pihak yang seolah-olah berwibawa,” katanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Contohnya, beliau berkata ada portal berita kononnya
tempatan tetapi ia sebenarnya adalah ejen media antarabangsa berpengkalan di
luar negara yang mempunyai niat dan agenda tersendiri.
“Mereka ni pakar dalam membuat berita palsu, mereka beli dan
menyogok untuk dapatkan berita separa benar dan kemudian mereka putar, mereka
ini pengguna media peringkat tinggi yang mempunyai misi. Mereka ada misi
tertentu dan bukan hanya satu media yang nak melaporkan berita semata-mata,”
katanya.
Annuar berkata ia bukan lagi permainan pada peringkat
tempatan, malah sudah menjadi global dengan pihak yang berkepentingan bukan
berada di depan mata dan menambah kata, kerajaan akan menjadi mangsa sekiranya
ia tidak mempunyai ketahanan serta kaedah sesuai untuk menangkis perkara
tersebut.
“Kita tidak boleh dedahkan apa yang kita buat, tetapi yang
pastinya kita tidak mahu rakyat terpedaya…rakyat perlu dapat sumber sahih
walaupun ia mungkin lebih perlahan daripada berita palsu atau fitnah, yang
penting sumber sahih itu mesti diperoleh sebab sekarang ini membina persepsi
sudah jadi strategi yang digunakan sepenuhnya oleh mereka yang nak jatuhkan
kerajaan,” katanya.
Annuar yang mengesahkan akan mempertahankan kerusi Parlimen
Ketereh pada PRU14 berkata antara kaedah yang digunakan pihaknya dalam
menyebarkan maklumat dan penerangan ialah menerusi program jelajah ‘Perjuangan
For All’ serta program dalam talian ‘Anda Tanya, Kita Jawab’ menerusi portal
Umno.
“Di luar sana bermacam maklumat berlegar menerusi
medium seperti Facebook (FB), Instagram dan Twitter. Kita memberi tumpuan
bagaimana untuk menyampaikan maklumat yang betul kepada mereka ini.
“Bagaimanapun kita tidak terlalu pesimistik. Di luar sana
juga ada majoriti senyap yang bukan sahaja siang malam main FB dan kerjanya
menyebarkan berita dan sebagainya. Masih ramai sebenarnya yang bijak menilai,
mereka baca apa yang ada dalam kumpulan WhatsApp dan FB tapi mereka bukan orang
yang mudah dipengaruhi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Mereka boleh fikir sendiri dan cari maklumat. Sekarang
ramai yang dah faham, kalau dapat satu berita, mereka selidik untuk pastikan
berita itu palsu atau benar, bukan dapat berita saja mudah terpedaya dan terus
emosi. Kita anggap kebijaksanaan rakyat Malaysia berfikir itu adalah aset,”
katanya.

Dengan persediaan yang dilakukan hingga kini, beliau berkata
Umno dan BN menyasarkan kemenangan dua pertiga kerusi pada PRU14.
“Sasaran kita nak menang semaksima mungkin kerana kita
nak membentuk sebuah kerajaan yang kuat. Rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang
kuat, kalau kita pilih kerajaan yang lepas pilihan raya baru nak bagi-bagi
jawatan PM, nak kongsi-kongsi kau dua tahun aku dua tahun, itu kita sengaja
terjun.
Umno dan BN, katanya, sentiasa berusaha mengatasi persepsi,
penipuan, kempen membenci dengan penuh kesabaran, justeru parti itu yakin
rakyat akan membuat keputusan yang jujur semasa pilihan raya umum nanti.
-Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel