Connect with us

Berita Lain

Ayah Dan Saya Sudah Satu Kepala, Kata Marina


PETALING JAYA: Anak sulung bekas perdana menteri, Datin
Paduka Marina Mahathir berkata beliau dan bapanya kini sudah “bersefahaman”
dalam banyak isu walaupun kedua-dua mereka berselisih pendapat sebelum ini,
termasuk semasa 22 tahun pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Marina dalam temu bual dengan Channel NewsAsia berkata
mereka kini bertindih pandangan dalam isu seperti memerangi rasuah, kerjasama
Dr Mahathir dengan bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan perhimpunan
awam, lapor Free Malaysia Today.
Menceritakan detik pemecatan Anwar daripada Kabinet pada
1998, Marina berkata beliau begitu menyelami perasaan anak perempuan Anwar
selepas pemimpin PKR itu dipenjarakan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Anak perempuan saya bersekolah dengan salah seorang anak
perempuan Anwar,” katanya. “Mereka sebaya dan anak saya bercerita bagaimana
anak perempuannya datang ke sekolah selepas peristiwa itu berlaku. Dia duduk di
belakang kelas dan hanya menangis sepanjang hari. Ia mengenai kemanusiaan.”
Marina berkata, episod itu mengingat kembali kepada zaman
kanak-kanaknya semasa bapanya dipecat daripada Umno pada 1969.
“Ketika itu saya berumur 11 tahun dan saya tidak faham apa
maksud disingkirkan. Saya fikir dia akan dipenjara. Saya sangat kecewa. Saya
benar-benar takut.


“Sebab itulah saya sangat bersimpati dengan anak perempuan
Anwar dengan apa yang terjadi pada 1998. Saya dapat rasakan perasaannya seperti
apa yang saya rasai semasa berumur 11 tahun untuk memahami apa yang sedang
berlaku,” katanya.
Marina mengalukan-alukan kedua-dua tokoh itu yang kini
berganding bahu dalam isu seperti memerangi rasuah.
“Itu satu perkara yang baik dan anda memerlukan pakatan
untuk berbuat demikian. Tiada siapa yang dapat melakukannya sendiri.”
Katanya, beliau percaya Dr Mahathir mempunyai alasan
tersendiri berhubung tindakannya memenjarakan Anwar pada 1998.
“Dia juga melihat kesan kumulatifnya, yang saya rasa pada
umurnya sekarang dan selepas melalui semua itu, ianya cukup.”


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dr Mahathir baru-baru ini berkata beliau mungkin tersilap
perhitungan politik apabila memecat Anwar, sehingga mencetuskan bantahan orang
ramai.
Marina turut menyambut baik perubahan fikiran bapanya
mengenai perhimpunan jalanan, sesuatu yang sangat ditentanginya sebagai perdana
menteri.
“Dia mendapati ia tidak seperti apa yang dia fikirkan, dan
sebab itulah dia menyertai perhimpunan Bersih 5. Jadi dia mengubah fikirannya
dalam banyak perkara dan saya fikir ianya bagus,” tambahnya.
Walaupun tidak bersetuju dengan bapanya dalam beberapa isu,
Marina berkata mereka sentiasa rapat.
“Bapa dan saya tidak pernah mengalami masalah dan kami tidak
membiarkan perbezaan itu mempengaruhi hubungan kami.
“Saya tahu orang jumpa bapa saya dan berkata ‘kenapa Marina
bercakap sebegitu?’ dan dia hanya mengangkat bahu.”

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel