Connect with us

Berita Lain

‘Dua Kali Saya Jadi Menteri Penerangan’


SHAH ALAM – “Dua kali saya jadi menteri penerangan, Datuk
Seri Salleh Said Keruak dapat sekali, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz tak
pernah jadi dan beliau jadi menteri pelancongan dan kebudayaan” demikian kata
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.
Katanya, Salleh dan Mohamed Nazri perlu melihat semula
sejarah beliau dalam Kabinet sebelum mengeluarkan kenyataan membidas dan
mengherdik.
“Saya harap adinda Nazri dan adinda Salleh dapat melihat
semula sejarah dan saya merasakan ayahanda mereka berdua itu sahabat saya. Saya
berkhidmat sejak zaman bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein,” katanya
dalam sesi Fb Live bersama Sinar Harian, semalam.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Sebelum ini, Nazri dan Salleh mengeluarkan kenyataan pedas
dan mengkritik Rais berhubung kenyataan beliau mengenai ahli perniagaan
kontroversi, Jho Low.
Menyentuh mengenai kenyataan Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal
Khas (Jasa), Tun Faisal Ismail Aziz yang secara terbuka membuat gesaan agar
beliau meletakkan jawatan, Rais berkata, beliau hanya akan meletakkan jawatan
sekiranya Perdana Menteri, Seri Najib Tun Razak mengarahkannya.
“Untuk pengetahuan saudara-saudara di sana unit pemikir ini
saya yang buat dulu bersama dengan kawan-kawan tahun 1985, jadi kalau nak
teliti balik minit Kabinet itu boleh. Memang Timbalan Perdana Menteri ketika
itu, Tun Abdul Ghafar Baba mencadangkan Jasa ini dan kami menyokong
penubuhannya di bawah Kementerian Penerangan.
“Saya boleh berhenti bila-bila masa sebab jawatan ini
dikuasai oleh perdana menteri, namun lima tahun ini saya dah buat kerja saya.
Saya fikir tak elok bagi seorang pegawai tinggi dalam Jasa mencadangkan seorang
bertaraf menteri supaya letak jawatan. Rekod saya tidak lah seburuk mana
rasanya tapi biar perdana menteri tentukan,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Beliau turut menegur Tun Faisal agar memberi fokus kepada
tugas sebenar Jasa terhadap masyarakat.
“Apakah kerja Jasa. Bantu tegakkan kebenaran dan beri
penerangan baik jika perkara itu salah, maka cari jalan bagaimana nak
memperbaikinya,” katanya.

– Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel