Connect with us

Berita Lain

Felda Perolehi Semula Semua Lot Tanah Di Jalan Semarak


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah sah
mendapatkan kembali kesemua 16 lot tanah agensi berkenaan di Jalan Semarak,
kata Pengerusinya Tan Sri Shahrir Abdul Samad.
“Saya ingin jelaskan…semuanya bermula apabila 17 lot tanah
Felda di Jalan Semarak telah dipindah milik kepada syarikat Synergy Promenade
Sdn Bhd (SPSB) selaku pemaju projek melalui empat perjanjiian jual beli pada
akhir tahun 2015 dan 2016 tetapi yang didaftarkan atas nama syarikat (SPSB)
adalah 16 lot.

“Tanah 16 lot ini didaftarkan pada pelbagai tarikh. Akhirnya
selepas pelbagai proses dan rundingan sehingga semalam (8 Mac), kami berjaya
dapatkan kembali atas nama Felda,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Felda
di Kuala Lumpur hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Isu hak milik tanah Felda itu terbongkar pada Disember lalu,
apabila sebuah akhbar tempatan mendedahkan Felda berisiko kehilangan tanah
miliknya bernilai RM270 juta bagi tujuan pembangunan Kuala Lumpur Vertical City
(KLVC) menerusi transaksi pindah milik yang diragui sejak 2015.
Bulan lalu, Felda dilaporkan akan memperoleh tanahnya tanpa
kos di Jalan Semarak daripada SPSB.
Sewaktu memberi penjelasan berhubung perolehan tanah itu,
Shahrir berkata kaveat-kaveat ke atas semua lot berkenaan telah dibatalkan pada
bulan lalu untuk membolehkan proses tukar nama geran tanah kepada Felda
dilakukan.
Katanya ini melibatkan kaveat persendirian yang diperoleh
pada bulan April tahun lalu dan kaveat pendaftar yang dikenakan setelah laporan
polis dibuat bagi membekukan sebarang kerja pembangunan di atas tanah
berkenaan.
“Sebelum ini ia kaveat pensendirian. Namun pada April lalu,
selepas laporan polis dibuat, barulah diletakkan sebagai kaveat pendaftar. Ini
tindakan biasa. Pihak polis yang akan memohon meletakkan ia sebagai kaveat
pendaftar jadi tanah itu tidak boleh diuruskan sesiapa.
“Jadi, kaveat pendaftar dan kaveat persendirian diangkat
untuk membolehkan kita daftar atas nama Felda. Kita daftar pada 2 Mac 2018
untuk letakkan nama kita pada 14 lot tanah. Dua lot lagi kita daftar semalam,”
katanya.
Mengulas lanjut, Shahrir berkata kejayaan Felda memperoleh
semula tanah berkenaan adalah berikutan perjanjian persefahaman yang
ditandatangani dengan SPSB pada 15 Jan lalu.

Menurutnya, dalam perjanjian itu, ia menggariskan tiga
perkara; SPSB mengembalikan tanah kepada Felda untuk didaftarkan semula tanpa
sebarang kos kepada Felda, rundingan semula antara kedua-dua pihak bagi
menambah baik perjanjian pembangunan tanah berkenaan dan meneruskan siasatan
polis berkaitan transaksi tanah berkenaan sebelum ini.
Berikutan kejayaan penukaran nama geran tanah berkenaan,
Shahrir berkata Jawatankuasa Khas Rundingan yang dilantik pada 8 Feb lalu akan
memulakan rundingan dengan syarikat pemaju untuk menambah baik terma dan syarat
perjanjian pembangunan tanah-tanah itu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya jawatankuasa berkenaan akan turut dianggotai wakil
dari Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) selain ahli Lembaga Pengarah Felda.
Tambahnya lagi penyertaan UKAS dalam jawatankuasa rundingan
adalah kerana kepakaran dan pengalaman unit berkenaan dalam pembangunan tanah
dan aset kerajaan.
Tanah-tanah Felda di Jalan Semarak adalah termasuk dalam 24
lot tanah dengan luas keseluruhan lapan hektar yang dibangunkan SPSB untuk
projek pembangunan bercampur KLVC.
Shahrir bagaimanapun enggan mengulas mengenai nilai
keseluruhan 24 lot tanah itu dan berulang kali menjelaskan, ia akan ditentukan
dan dinilai jawatankuasa tersebut dibantu oleh Jabatan Penilaian dan
Perkhidmatan Harta (JPPH).
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel