Connect with us

Berita Lain

Gantung 10 Hari: Jelas Hina Dewan, Apa Lagi Mahu Disiasat? – Pandikar Amin


KUALA LUMPUR: Ketiga-tiga Ahli Parlimen DAP yang digantung
selama 10 hari daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat semalam tidak perlu
dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia
berkata kenyataan yang dibuat oleh Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor
Ming (DAP-Taiping) dan V. Sivakumar (DAP-Batu Gajah) adalah jelas, lapor Astro Awani.
“Tidak perlu dibawa ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan
Parlimen. Apabila kita bawa perkara itu ke jawatankuasa, ini bermakna perkara
itu seolah-olah samar.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ini kerana jawatankuasa itu perlu melakukan
penyiasatan. Dalam perkara ini, apa yang mahu disiasat? Sudah diberi surat,
minta maaf ke tidak? Tidak,” katanya ketika ditemui media selepas
menghadiri majlis makan tengah hari sempena Hari Komanwel 2018 di Parlimen di
sini hari ini.
Malah, Pandikar menegaskan tindakan ketiga-tiga Ahli
Parlimen dari Perak itu dilihat sengaja dibuat serta bermotifkan politik.
“Bagi saya, mereka sengaja buat sebegitu dan
membelakangkan etika sebagai ahli Dewan Rakyat kerana mengutamakan agenda
politik.
“Ini kerana apabila masyarakat umum membaca, bagi
penyokong-penyokong mereka mereka akan nampak yang ahli Parlimen mereka ini
berani, tapi sebaliknya mereka hanya mahu menang pilihan raya sahaja,”
tambahnya.
Ketiga-tiga mereka digantung daripada menghadiri sidang
Dewan Rakyat selama 10 hari kerana menghina Speaker Dewan Rakyat serta
kemuliaan institusi tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Pada 7 Mac lalu, Ngeh, Nga dan Sivakumar menuntut Pandikar
Amin meletak jawatan kerana menolak usul berhubung isu rampasan kapal mewah
milik ahli perniagaan, Jho Low di Indonesia dan soalan berkaitan 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Susulan itu, Pandikar telah menghantar notis kepada mereka
untuk meminta maaf kerana menghina Speaker dan Dewan Rakyat.
Namun, mereka enggan berbuat demikian selagi Pandikar tidak
memberi jawapan jelas berhubung usul berkaitan 1MDB.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel