Connect with us

Berita Lain

Harga Barang: Rakyat M’sia Patut Bangga


Rakyat Malaysia sepatutnya berbangga kerana harga barangan
di Singapura 70 peratus lebih tinggi berbanding negara ini, kata Datuk Seri
Hamzah Zainudin.
Menurut menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan itu ketika ini kerajaan menyediakan subsidi untuk banyak keperluan
asas pengguna.
Katanya terbukti kerajaan berjaya mengawal harga barangan
seperti beras, gula dan minyak masak dengan begitu baik sekali.
“Bandingkan dengan seluruh negara Asia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya nak jelaskan supaya yang berhormat sedar,
kerajaan yang ada ini memang tahu membela rakyat berhubung masalah kos sara
hidup,” katanya semasa menjawab soalan G Manivannan (PKR-Kapar) mengenai
isu harga barang keperluan pengguna.
Isu kos sara hidup menjadi antara topik banyak diperkatakan
oleh orang ramai dan turut mendapat reaksi daripada tokoh terkenal. Antaranya
ialah penyanyi Datuk Sheila Majid dan Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings
Berhad Datuk Ameer Ali Mydin.
Kata Ameer Malaysia mungkin menyaksikan pertumbuhan dalam
negara yang kukuh tetapi pengguna tidak mempunyai wang mencukupi untuk
perbelanjaan runcit mereka.

Menurut Hamzah pendapatan perkapita rakyat Singapura ialah
sebanyak AS$52,962 berbanding Malaysia hanya AS$9,463 menjadikan negara ini
berada di tempat ketiga di rantau Asean.
Tempat kedua, katanya, ialah Brunei.
“Tapi daripada keseluruhan harga barang, dengan
strategi yang kerajaan buat, sepatutnya kita begitu bangga kerana harga barang
di Singapura 70 peratus lebih tinggi daripada kita, Brunei 71 peratus lebih
tinggi, Thailand 23 peratus lebih tnggi walaupun per kapita (mereka) hanya
AS$6,000, Indonesia AS$3,599 tapi harga barang 43 peratus lebih mahal, Filipina
AS$3,016 tapi (harga barang) 76 peratus, Laos AS$2,400 harga barang 59 peratus
lebih tinggi,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Berdasarkan data itu Hamzah yang juga anggota parlimen Larut
memberitahu, strategi kawalan harga dilaksana kerajaan sekarang adalah tepat.





– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel