Connect with us

Berita Lain

Husam Cabar Nik Abduh Kemukakan Saman


KOTA BHARU – Pengerusi Pakatan Harapan Kelantan (Harapan),
Husam Musa mengakui beliau turut memiliki audio tular yang dikaitkan dengan Nik
Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.
Perkara itu didedahkan kepada media kelmarin berikutan
tersebarnya rakaman audio didakwa mirip suara Ahli Parlimen Pasir Mas berhubung
pengakuannya yang pernah menerima sumbangan daripada Umno.
Husam berkata, dengan kenyataannya itu beliau sendiri
bersedia dan bertanggungjawab sekiranya Nik Mohamad Abduh mahu mengambil
tindakan undang-undang terhadap dirinya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Tetapi saya boleh mengesahkan bahawa apa disiarkan menerusi
media sosial berkenaan adalah sama dengan kandungan rakaman yang saya miliki.
“Sepatutnya dia samanlah. Dia tidak boleh ugut sahaja…
Kalau ustaz Nik Abduh nak saman, mahu dakwa mana-mana pihak, itu amat
dialu-alukan. Itu langkah yang sepatutnya diambil oleh seorang pemimpin
bermaruah.
“Saya sebut dalam ucapan saya tadi, saya bertanggungjawab
menyebut ada rakaman itu. Bila dimasukkan di media sosial saya meneliti
beberapa siri rakaman ini,” katanya kepada media.
Terdahulu beliau menyampaikan ceramah Perasmian Bilik
Operasi Pilihan raya PDM Khatib Ali yang turut dihadiri Penasihat Umum
Amanah,  Ahmad Awang.
Bagaimanapun Nik Mohamad Abduh juga telah membuat penafian
sekeras-kerasnya perkara tersebut dengan menyifatkan ia adalah karut dan fitnah
terhadap dirinya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Mengulas lanjut, Husam juga turut mencadangkan supaya Pas
menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara tersebut bagi mencari
kebenarannya.
“Saya janji nak dedahkan benda ini masa pilihan raya sudah
dekat Parlimen nak dibubarkan, tetapi tengok-tengok sudah ada orang keluarkan.
Saya tidak tahu siapa keluarkan.
“Mungkin pihak dalaman Pas sendiri,” katanya yang turut menafikan
semua berlaku itu adalah kerja khianat daripada Amanah.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel