Connect with us

Berita Lain

Jamal Yunos Elak Jumpa Dr M Kerana ‘Suwey’


KUALA LUMPUR: Walaupun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir
Mohamad tampil sebagai saksi bagi pihaknya, Datuk Seri Jamal Yunos mengelak
daripada bertemu saksinya di Mahkamah Tinggi hari ini atas alasan tersendiri.
Pemimpin gerakan Baju Merah itu berkata pengerusi Pakatan
Harapan itu akan membawa nasib malang pada dirinya.
“Sebenarnya saya tidak mahu bertemu Dr Mahathir. Kalau boleh
nak mengelak. Kalau saya jumpa Dr Mahathir memang ‘suwey’ pada saya.
“Sebab itu saya elak ‘suwey’ ini. Saya tak nak jumpa dan
jauh-jauh,” katanya kepada pemberita.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Dr Mahathir hadir sebagai saksi pihak Jamal untuk memberi
keterangan dalam kes saman fitnah yang difailkan oleh bekas pengerusi Bersih
2.0, Maria Chin Abdullah.

Dalam tuntutan mahkamahnya, Maria mendakwa pada 28 September
2016, Jamal mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah terhadap Bersih pada sidang
akhbar di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Advertisement
Beliau juga mendakwa pada 4 Oktober tahun lepas, Jamal
mengeluarkan kata-kata fitnah yang sama terhadap Bersih pada persidangan media
di pekarangan ibu pejabat polis Bukit Aman.
Menurut Maria, portal media dan berita kemudiannya
menerbitkan kenyataan tersebut, dan perkara itu menjatuhkan reputasinya di mata
umum.
Beliau menuntut ganti rugi dan juga injunksi untuk
menghalang Jamal daripada mengeluarkan atau menerbitkan kenyataan sama ada
secara lisan, dalam bentuk cetakan atau atas talian.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Dalam perkembangan lain, Jamal juga mengajak rakyat Selangor
membawa tuala, sabun dan syampu untuk mandi di pejabat menteri besar Selangor
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali Jumaat ini.
Beliau berkata tunjuk perasaan itu bagi membantah masalah
bekalan air di Lembah Klang minggu ini.
“Saya minta rakyat Selangor yang nak datang bekerja tidak
air nak mandi di rumah, Jumaat ini kita datang pakai tuala bawak sabun bawa
syampu datang pejabat menteri besar.
“Di pejabat menteri besar mungkin bekalan air tidak
putus-putus dan boleh ramai-ramai mandi di sana,” katanya.




– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel