Connect with us

Berita Lain

Jangan Diam, Selamatkan Presiden Umno


PRU14 bakal berlangsung dan sudah pasti setiap parti telah
membuat persediaan rapi untuk menang.
Setiap parti pastinya mempunyai pendekatan tersendiri dalam
usaha memenangi hati pengundi.
Menyentuh soal BN khususnya Umno, pelbagai tohmahan, dakwaan
dan isu melingkari parti serta pemimpin mereka.

Sudah pasti ia bakal menjadi salah perkara yang dijadikan
isu atau Jangan diam, selamatkan Presiden Umno bahan kempen pihak lawan. Bagi
menjawab dan memberi pandangan mengenai perkara tersebut, wartawan Sinar
Harian, MOHD HAFIZ ISMAIL dan JANATUL FIRDAUS YAACOB serta Jurugambar, ROSLI
TALIB berkesempatan menemu bual Veteran Umno, Tan Sri Rais Yatim yang juga
Penasihat Sosiobudaya Kerajaan bagi berkongsi pandangan mengenai parti itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pada pandangan Tan Sri apakah isu skandal 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) akan menjadi bahan kempen pembangkang yang akan
menguburkan BN dalam PRU14?

Ini salah satu sebab kenapa saya memohon sangat kepada
pemimpin kita agar tidak nampak seperti melindungi. Kalau nampak dicairkan
mudah bagi kita dah siasat, tapi tunggulah. Namun perspektif itu berbeza
apabila dituduh sebagai pembangkang kerana kemukakan persoalan mengenai isu
ini. Saya nak betulkan minda. Itulah perkara yang merugikan Umno dan kerajaan
apabila anda hilang orang yang mahu bertanyakan kebenaran dan pada ketika itu
anda berada di tahap sangat tipis.
Anggota (Pimpinan) sudah tidak berfikir lagi dan saya
berfikir kerana Umno adalah kilang kepimpinan, kilang orang berfikir dan kilang
orang yang mempunyai keaslian dalam mengemukakan pandangan. Kalau itu sudah
tidak ada arena dan sudah berubah, saya tidak ada cadangan nak masuk Pakatan
Harapan (Harapan). Saya pernah dalam kancahnya, tinggal lagi minda saya
dikurung dan tak boleh bercakap, itu tak boleh. Hormat saya kepada Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan sayang saya kepada Umno tidak berubah
langsung kecuali saya ditendang keluar, saya cari arena lain pula.
Apa ada pada saya jika bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin pun kena buang, saya ini tidak ada apa-apa. Imej negatif
negara dan perdana menteri telah tercalar tetapi mengapakah tiada menteri
bangkit pertahankan jika beliau benar-benar tidak bersalah. Pendekatan sudah
silap, sekarang katakan perdana menteri dicerca oleh ahli ekonomi di cakap di
situ pencuri secara bertulis dan takkan saya biarkan perkara ini. Ini satu
pendekatan yang harus kita tengok. Kalau kita berdiam sahaja, semua menteri
katakan jangan bangkitkan, ini bermakna anda di sana hendak menolak perdana
menteri supaya ranap.
Saya memilih psikologi berasingan sebab saya berpendapat
apabila diumumkan siasatan berjalan, kendurlah isu ini. Perdana menteri ada
ruang dan tidak dilihat sebagaimana yang dianggap ahli ekonomi kerana sanggup
disiasat. Kalau dah menang nanti tak habis penyiasatan, pisau di tangan kanan,
timun di tangan kira awak buat keputusan. Saya telah maklumkan perkara ini
kepada Najib dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
sendiri.
Saya tak mahu nanti disalahkan dan hal ini saya maklumkan
kepada Menteri Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri
Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
juga. Nazri akhirnya cakap ini ada baiknya. Saya harap benarlah dia boleh
kemukakan kepada perdana menteri. Ini sebenarnya penyelamat.
Pada pandangan saya, mereka buat interpretasi dalam suasana
mahu menyelamatkan BN tetapi tidak memberi ramuan sebenar untuk benar. Ini saya
sangat-sangat yakin dan saya boleh bertemu dengan sesiapa untuk pertahankan
lunas-lunas undang-undang. Perdana menteri dinasihat gunakan kembali lunas
udang-undang bagi menyelamatkan diri daripada undang-undang yang nanti akan timbul.
Ini tidak diterima dan saya fikir ia suatu kesilapan.
Pada pandangan Tan Sri, sampai bila Umno akan terus relevan
buat rakyat Malaysia?

Ini dapat kita tentukan apabila persempadanan baharu menjadi
realiti. Sekarang mereka harapkan dengan persempadanan baharu dan beberapa
dukungan baharu wujud serta dianggarkan menang dengan baik. Pandangan saya yang
kedua adalah jika itu sahaja yang nak dianggap sebagai benteng, mungkin ia satu
kesilapan sebab pemilih dalam kategori tiga dan empat tidak memihak kepada kita
dan apa yang dijuarai oleh pemuda Umno setakat kekitaan. Akan tetapi, kekitaan
di luar Pemuda Umno kita tidak dapat perkiraan apa-apa dan ini tidak pernah
disebut.
Ia perlu disebut, jadi sekarang mesti disebut sebagai contoh
Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda mereka ada saham dalam
sistem sedangkan majoriti di luar tidak ada saham. Ambil contoh Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M) itu satu yang baik dan saya fikir ia akan melunakkan
pemikiran. Tetapi dengan isu 1MDB ini, orang pertengahan ambil peranan dan
orang di kampung tidak kisah tentangnya. Sebab itu saya nak selamatkan sistem
yang banyak jasa kepada kita supaya jangan sorokkan.
Hujah ketiga saya, kalau di peringkat Parlimen, Speaker
tidak boleh menahan sesuatu isu daripada dibahaskan. Bila ia dibuat,
pembangkang dan generasi pertengahan menganggap Parlimen sudah mandul dan ini
bahaya untuk kita. Katakan habuan tidak ada, Umno tidak hidup kerana mereka
bergantung kepada apa mereka dapat. Perjuangan sudah tidak ada lagi, malah Pemuda
Umno bila ditanya tentang Fasa 3 Perlembagaan parti, mereka akan pandang tempat
lain. Kalau dahulu ketika dalam Pemuda Umno, saya ditengking dan ditanya
mengenai Fasa 3 Perlembagaan parti. Pertama Umno adalah sebuah parti politik
yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi agama bangsa dan
negara. Sekarang ini orang cakap apa aku dapat dan ini adalah survival Umno.
 Tan Sri ada menyebut
tentang habuan, di mana bermulanya perkara ini dan siapakah yang memulakan?

Saya tidak boleh cakap dengan persis perkara ini tetapi
banyak dimulakan dalam tempoh 10 tahun lalu dan lebih jauh lagi pada zaman
bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mula nak ada benda ini.
Akan tetapi beliau tidak mahu bagi BR1M dan sebagainya namun habuan diberi atas
apa yang dilakukan seperti inovasi dan kemajuan dalam sesuatu bidang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Jika kita tengok punca duit dan kalau Sarawak terus dengan
dasar petroleum mereka, kita telah kurang satu per empat hasil. Sarawak boleh
jual pasaran terbuka dan tidak perlu melalui Petronas. Kalau berlaku, mana nak
cari duit nak bayar semua ini? Sebab itu saya kritik Bajet Harapan mana nak
cari duit ini dan masih dianggap saya memihak kepada pembangkang sedangkan saya
huraikan tentang cantik dibaca tetapi tidak praktikal.
Pada pandangan Tan Sri adakah Umno mampu meningkatkan
kemenangan di kerusi Parlimen dan Dun dengan bantuan Pas pada PRU14?

Mungkin ada, tetapi saya tidak fikir Pas akan bantu Umno
kerana dalam suasana sekarang, kita tidak nampak format kerjasama antara Umno
dengan Pas. Ada atau tidak format kerjasama seperti jika Pas bertanding Umno
tidak akan bertanding dan di Kelantan saya tidak nampak itu. Kalau Pas pula,
mereka tidak kata di mana dia boleh bertanding atau tidak. Sekarang ini Umno
dan Pas nampak baik kerana suasananya tenang kerana tiada pergaduhan. Kalau
kita tengok Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man masih mengkritik
Umno sehingga sekarang.
Pada saya, pandangan jika berlaku pertembungan tiga penjuru
antara Umno, Pas dan Harapan bakal memberi kelebihan kepada Umno, ia hanya
angan-angan Mat Jenin sahaja kerana kita tidak boleh kawal pengundi. Dalam
kalangan pengundi apa mereka dapat dan dalam soal BR1M itu bantu Umno tetapi
tak bantu Umno melalui Pas. Pas dahulu lebih kuat berbanding sekarang kerana cara
bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat dahulu
menyebabkan kekitaan dalam Pas itu kuat. Sekarang dengan isu dapat habuan dan
sebagainya mereka sudah jatuh kepada perenggan pertengahan. Kerjasama itu dari
segi media tetapi tidak dalam bentuk formula.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel