Connect with us

Berita Lain

‘Kenapa Gam Usul 1MDB Di Parlimen?’


KUALA LUMPUR – Tindakan Dewan Rakyat menolak usul Ahli
Parlimen pembangkang berkaitan syarikat pelaburan strategik, 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) akan mengukuhkan lagi pandangan rakyat penyelewengan
dana itu dan jutawan kontroversi, Low Taek Jho atau Jho Low ada kaitan dengan
kerajaan.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, apabila kerajaan
mengambil pendekatan gam, tutup dan juga mengharamkan sebarang soalan mengenai
1MDB akan mengukuhkan lagi pandangan rakyat bahawa banyak perkara salah mengenai
1MDB.
 “Begitu juga anggapan
bahawa Jho Low ini orang rapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak yang mendapat laba daripada wang 1MDB yang dilarikan, jadi pendekatan
‘gam’ isu 1MDB itu sebenarnya tidak membantu Kerajaan Malaysia.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

 “Jadi kalau pun
pentadbiran Najib rasa mereka boleh tutup berita 1MDB di Parlimen tetapi mereka
tak boleh tutup di luar,” katanya kepada Sinar Harian.
 Rafizi yang juga Naib
Presiden PKR berkata, beliau faham niat pentadbiran Najib yang tidak mahu
berita skandal 1MDB keluar namun kini, isu ini bukan lagi sekadar berita
dalaman kerana ia sedang disiasat di enam buah negara di dunia.
 “Berita 1MDB bukan
lagi berita Malaysia, ia adalah berita dunia yang  sering mendapat liputan meluas kerana ia
telah memalukan negara.
“Ia lebih baik kalau dibahaskan di Parlimen dan
diterangkan dan kalau betul tidak ada apa-apa yang disembunyikan saya tak faham
kenapa dia takut untuk menjawab di Parlimen,” katanya.
Beliau berkata, sejak kebelakangan ini dan menghampiri
PRU14, isu 1MDB akan terus menjadi tumpuan rakyat kerana ia sudah berada di
luar kawalan kerajaan Malaysia baik di Parlimen, atau di peringkat
undang-undang dan juga media kerana ia adalah skandal kewangan paling besar di
dunia.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

 “Sudah tentu
setiap hari ada sahaja berita berkenaan 1MDB yang akan dimainkan oleh media
dari seluruh dunia.
 “Jadi kenapa mereka
nak gam di Parlimen? Saya sudah tak terkejut apabila soalan-soalan ahli
Parlimen mengenai 1MDB terus ditolak, soalan saya pun ditolak,” kata Rafizi
lagi.
 Menurut Rafizi,
adalah lebih baik jika dibahaskan di Parlimen dan diterangkan jika benar tidak
ada apa-apa yang disembunyikan.
 “Saya tak faham
kenapa dia takut untuk menjawab kalau berita-berita skandal itu tidak
benar,” 
“Tapi bagi saya laporan 1MDB begitu merosakkan nama
kerajaan. Oleh itu, mereka terpaksa jawab di Parlimen,” desak beliau.



– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel