Connect with us

Berita Lain

‘Kenapa Guna SPRM Serang Saya’

Foto: The Star

SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
meluah­kan rasa terkilan dengan tindakan Umno yang mempergunakan Suruhan­jaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyerangnya dalam isu berkaitan tanah
di Ijok, Kuala Selangor.
Azmin juga mendakwa kesal dengan tindakan Umno yang cuba
mengugut peneroka selepas mereka bersetuju dengan penyelesaian yang dibuat oleh
kerajaan negeri.
“Mengapa guna SPRM untuk menyerang saya? Saya tahu ada
pegawai SPRM di sini, ambil nota dan beritahu Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri
Dzulkifli Ahmad.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya ingatkan Umno jangan cuba untuk ugut kerajaan negeri,
saya bertekad akan tetap mempertahankan rakyat dan peneroka di kawasan
tersebut,” katanya tegas ketika menjawab soalan tambahan oleh Adun Dengkil,
Shahrum Mohd Sharif ketika sesi penggulungan di Sidang Dewan Negeri, di sini
semalam.
Pada masa sama, Adun Bukit Antarabangsa itu turut meluahkan
rasa kecewa dengan sikap pemimpin Umno yang gagal menyelesaikan isu itu selama
20 tahun meskipun menerajui kerajaan negeri pada ketika itu.
“Kita boleh berbeza politik dan berbeza pandangan namun
terimalah hakikat bahawa seramai 980 peneroka, 300 yang bertemu saya di Stadium
Kuala Selangor baru-baru ini ada yang sudah meninggal dunia.
“Selama 20 tahun menunggu bukan masa yang pendek, apa yang
membuatkan saya sebak apabila sebahagian besar yang datang jumpa saya dalam
keadaan berkerusi roda dan uzur bahkan ada yang menitiskan air mata,” katanya.
Mohamed Azmin turut menyelar sikap pemimpin Umno yang
sanggup menolong syarikat terlibat daripada peneroka yang dibebani masalah itu
selama 20 tahun.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Ini politik apa? Selama 18 tahun di bawah Umno, isu ini
gagal diselesaikan sebaliknya saya dapat selesaikan perkara itu dalam tempoh
dua tahun sahaja sejak saya dilantik Menteri Besar.
“Bukan sahaja peneroka memperoleh wang tunai bahkan dapat
rumah yang bernilai RM250,000 ribu walaupun harga semasa adalah RM450 ribu.
“Setiap peneroka terlibat juga mendapat pampasan keseluruhan
berjumlah RM630,000,” katanya.



Sumber: Sinar Harian

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel