Connect with us

Berita Lain

Krisis Air: Jamal Tak Dapat Mandi Wajib


SHAH ALAM – Krisis bekalan air di Selangor tidak akan
berlanjutan sekiranya kerajaan negeri tidak mempolitikkan isu pembinaan Loji
Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) menerusi kerjasama dengan kerajaan Persekutuan.
Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos
berkata, kerajaan Selangor di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali sepatutnya tidak melengahkan lagi pembinaan Langat 2.
“Memandangkan Azmin rumahnya tidak terjejas dengan
krisis air sebab saya lalu nampak ada satu tangki besar Syabas yang salur air
terus ke rumahnya sedangkan rakyat lain tak mandi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


“Pernah satu ketika empat hari tak ada air mula, Rabu,
Khamis dan Jumaat , biasanya hari Jumaat ini kewajipan sebagai seorang suami
kepada isterinya jadi apabila malam itu kita melakukan tanggungjawab, pagi  nak mandi wajib tapi air tak ada,” ulas
Jamal ketika menjadi ahli panel wacana Sinar Harian semalam.
Katanya, beliau tidak dapat mandi hadas besar malah ingin
bertayamun pun tidak tahu kaedahnya.
“Saya pertama kalinya sembahyang taubat sebab tidak
dapat tunaikan tanggungjawab sebagai Muslim untuk tunaikan solat Subuh sebab
ada ‘kerja’ malam tadi.
“Jadi saya datang ke SUK nak tumpang mandi di pejabat
Menteri Besar,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Sungai Besar meminta
Azmin agar segera meluluskan pembinaan Langat 2 bagi  menyelesaikan krisis bekalan air yang kerap
berlaku di negeri itu.

– Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel