Connect with us

Berita Lain

Logo HARAPAN Hadapi PRU14 Diumum Minggu Depan


Pakatan Harapan (HARAPAN) mempunyai tempoh seminggu untuk
membincangkan logo tunggal yang akan mereka gunakan pada pilihan raya umum
(PRU) akan datang.
Pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sepanjang
tempoh itu pemimpin HARAPAN akan membuat pertimbangan sewajarnya sebelum
memilih logo yang akan digunakan bagi menghadapi BN tidak lama lagi.
Katanya keputusan memberi tempoh selama tujuh hari itu
dibuat dalam mesyuarat Majlis Presiden HARAPAN di bangunan parlimen hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kita telah putuskan seminggu untuk mesyuarat Majlis
Presiden akan datang untuk menentukan simbol akan dipilih dan digunakan oleh
HARAPAN,” katanya pada sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang.
PKR, DAP, Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi
Bersatu Malaysia (BERSATU) sudah menghantar permohonan untuk mendaftarkan
gabungan itu secara rasmi pada Julai 2017.
Bagaimanapun proses yang pada awalnya kelihatan mudah itu
setakat ini tidak menunjukkan sebarang tanda akan berakhir seperti yang
diharapkan.
Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum mendaftarkan
HARAPAN ketika tarikh PRU ke-14 semakin hampir.

Ada rakan strategik
PRU itu mesti diadakan selewat-lewatnya Ogos ini, namun
banyak pihak menjangkakan parlimen akan dibubarkan lebih awal. Tidak seperti
kebanyakan negara demokrasi lain, tarikh PRU di negara ini biasanya dirahsiakan
perdana menteri sehingga ke saat-saat akhir.
Sementara itu dalam perkembangan lain, Dr Mahathir berkata
cuma ada tiga negeri belum menyelesaikan pembahagian kerusi dewan undangan
negeri (DUN).
Beliau berkata HARAPAN telah memutuskan untuk memberi masa
seminggu lagi supaya kemelut berkenaan dapat diselesaikan.
“HARAPAN sudah selesai mengagihkan kerusi di Kedah, Negeri
Sembilan, Wilayah Persekutuan, Johor Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

“Tiga lagi negeri belum selesai kerana ada masalah
kecil-kecilan dan itu akan diselesaikan tidak lama lagi,” katanya tanpa mahu
menjelaskan maksud kenyataan itu lebih lanjut.
Selain itu Dr Mahathir juga turut mengumumkan penyertaan
Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) sebagai rakan strategik HARAPAN.
Mahathir berkata ketetapan tersebut dibuat bagi mengiktiraf
Hindraf sebagai pertubuhan yang aktif mewakili kaum India sekali gus perlu
diberi layanan istimewa.
Bagaimanapun katanya buat masa ini HARAPAN tidak bercadang
untuk menerima parti lain menyertai mereka dan bertanding dalam PRU.
“Rakan strategik yang telah kita tentukan ialah Hindraf
dan ada kemungkinan kita umumkan rakan strategik yang lain seperti
NewGen,” katanya.



– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel