Connect with us

Berita Lain

Mahathir Kisahkan Insiden Mata Lebam Anwar


Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan polis atas
insiden mata lebam yang berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam temu bual bersama Sin Chew Daily pengerusi Pakatan
Harapan berkenaan berkata beliau “sangat marah” kepada polis semasa
insiden mata lebam bekas timbalannya itu pada 1998.
Ia terjadi selepas Anwar ditahan polis sebelum dihadapkan ke
mahkamah.
Kata Dr Mahathir pada awalnya polis enggan memberitahu
keadaan Anwar itu kepadanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya sangat marah kepada polis, kerana saya tanya
mereka: mengapa kamu tidak bicarakan dia (Anwar)?
“Mula-mula mereka tak mahu beritahu saya. Hanya
kemudian mereka maklumkan bahawa mereka menyebabkan mata dia (Anwar)
lebam,” katanya.
Keadaan itu kata pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN)
berkenaan boleh mencetuskan keadaan yang sukar apabila Anwar dibawa ke penjara.
“Tetapi saya berkeras mereka mesti ke mahkamah (untuk
mendakwa Anwar),” katanya.
Anwar ditahan polis beberapa hari selepas dipecat daripada
jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno.
Umum melihat tindakan itu diambil selepas Dr Mahathir
menganggap Anwar mengancam kedudukannya.
Anwar pula bertegas mendakwa langkah pemecatan dan dakwaan
yang dikenakan ke atasnya bermotifkan politik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ketika kali pertama dibawa ke mahkamah untuk didakwa, Anwar
muncul dari kenderaan polis dengan mata kirinya lebam. Ia menimbulkan kemarahan
banyak orang dan melahirkan gerakan reformasi bagi mengetepikan Dr Mahathir.


Mata lebam Anwar itu juga menarik perhatian dunia.
Hasil siasatan mendapati Tan Sri Rahim Noor bertanggungjawab
atas insiden mata lebam berkenaan. Beliau ialah ketua polis negara pada ketika
itu.
Rahim meletak jawatan pada Jan 1999. Selepas dibicarakan
Rahi didapati bersalah dan dihukum penjara dua bulan serta denda RM2,000.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel