Connect with us

Berita Lain

Mahathir: Saya Rela Jadi Umpan Harapan Raih Undi Melayu


Dr Mahathir Mohamad berkata beliau rela menjadi umpan bagi
Pakatan Harapan meraih undi Melayu.
Bekas perdana menteri itu berkata walaupun umurnya sudah
menginjak 92 tahun namun beliau rela berbuat untuk demikian untuk HARAPAN.
“Saya ni umur dah lebih dekat 93 tahun. Sekarang saya baru
92 tahun, berapa lama tahan nak jadi perdana menteri.
“Tapi kalau saya boleh dijadikan umpan untuk menarik orang
Melayu untuk sokong HARAPAN saya rela jadi umpan,” katanya sambil menerima
sorakan “Hidup Tun”.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dr Mahathir berkata demikian dalam ucapannya sebelum majlis
doa selamat di Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau turut berkata, beliau sudi menjadi calon perdana
menteri HARAPAN berdasarkan pengalamannya memerintah negara selama 22 tahun.
“Kalau mereka nak saya pegang jawatan perdana menteri saya
peganglah. Tapi umur 93 dah, kalau pegang tak lama dah, saya bukan niat nak
kekal jadi perdana menteri sehingga akhir hayat.
“Tapi saya cuma ingat dengan pengalaman saya dulu, mungkin
saya boleh tolong, kerajaan baru untuk memperbaiki hutang negara yang begitu
banyak,” katanya.
Sementara itu Dr Mahathir berkata, jika kembali mentadbir
negara kelak, beliau akan mengekalkan kedudukan Kampung Baru sebagai kampung
tradisi bangsa Melayu.
Katanya lagi, beliau juga tidak mahu Kampung Baru menjadi
seperti Kampung Kerinchi dan Kampung Abdullah Hukum yang tidak lagi mempunyai
identiti sebuah kampung.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
“Saya sedih kalau ada pelancong datang ke Kuala Lumpur, bawa
ke Kampung Baru tunjukkan kampung Melayu, sedangkan berhampirannya ada bangunan
pencakar langit.
“Saya yakin orang Kampung Baru hendakkan pembangunan, tetapi
sesuai dengan budaya orang Melayu. Faktor ini mesti diambil kira, saya tidak
mahu lihat Kampung Baru jadi seperti Kampung Kerinchi, Kampung Abdullah Hukum.
Dr Mahathir pada masa sama berkata, beliau sedar bahawa
kerajaan turut mempunyai perancangan terhadap Kampung Baru.
Namun katanya, banyak antara rancangan itu tidak menjadi.
“Sebab itu kalau Kampung Baru hendak dibangunkan, ia mesti
dibangunkan dengan penduduk, wakil-wakil mereka supaya sesuai dengan kehendak
penduduk,” katanya.

– Malaysiakini

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel