Connect with us

Berita Lain

Maut Tercampak Disambar Petir


Penyelia kilang maut disambar petir ketika menunggu bot di
tepi pantai berhampiran Dewan Masyarakat Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Balik
Pulau, semalam.
Dalam kejadian pada 10 malam itu, mangsa Mohamad Amin Osman,
47, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketika kejadian, arwah bersama dua lagi rakannya sedang
menunggu bot nelayan untuk membawa mereka memancing di Pulau Kendi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Difahamkan, ketika itu hujan lebat dan secara tiba-tiba
petir menyambar arwah hingga membuatkan dia tercampak ke tepi laut.
Rakan yang berada berhampirannya turut terkena petir serta
mengalami kebas di tangan dan dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang untuk
rawatan.
Anak arwah Muhamad Izdhar, 21, berkata bapanya keluar rumah
bersama rakan selepas Maghrib dan mereka sempat bertemu petang, semalam.
“Tiada perubahan ketara yang ditunjukkan arwah, cuma sejak
kebelakangan ini saya nampak dia agak pendiam.
“Sudah agak lama arwah bapa tidak keluar memancing, namun
kami sekeluarga reda dengan pemergiannya,” katanya yang ditemui di perkarangan
rumah mayat di Hospital Balik Pulau, malam tadi.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Difahamkan, arwah seorang yang peramah dan disenangi di
tempat kerjanya meninggalkan seorang balu bersama tiga anak.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan A
A Anbalagan mengesahkan kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Balik Pulau
untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel