Connect with us

Berita Lain

“Mungkin Saya Buat Sarjana (Dalam Penjara” – Rafizi Jawab Tidak Bertanding


KUALA LUMPUR: “Memang saya tidak boleh bertanding
(calon), daripada dua tahun lalu saya dah tahu tak boleh bertanding. Jadi,
keputusan itu sudah dibuat dua tahun lalu,” kata Ahli Parlimen Pandan,
Rafizi Ramli.
Naib Presiden PKR itu berkata, Perlembagaan sudah jelas
menyatakan kelayakan untuk bertanding sebagai calon wakil rakyat akan hilang
sekiranya individu itu disabitkan kesalahan denda melebihi RM2,000 atau penjara
setahun.
“Kemungkinan besar saya akan buat Sarjana Undang-undang
(dalam penjara) dan cuba kurangkan sikit berat badan. Rayuan saya (di Mahkamah
Rayuan) ditetapkan pada 1 Jun ini, jadi sekarang saya ada dua bulan lagi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau mahkamah menolaknya, saya perlu pergi ke
(penjara) untuk tempoh satu tahun setengah,” katanya ketika ditemui
pemberita selepas beliau mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya
umum ke-14 (PRU-14) dalam ucapannya semasa memulakan perbahasan usul titah
ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Rafizi mengulas demikian ketika ditanya apa perancangannya
selama menjalani tempoh hukuman penjara 30 bulan sekiranya rayuan ditolak
termasuk rancangannya selepas menjalani hukuman.
“Saya tidak pasti, bila orang cakap adakah saya akan
kembali (dalam politik). Saya rasa kita tidak tahu apakah tahap mentaliti kita
yang berubah-ubah di ketika berada di luar dan ia samalah bila ke penjara.
“Saya pernah berada di lokap tapi belum pernah
dipenjarakan. Saya tidak tahu sama ada akan kembali berpolitik terutama
sekiranya pakatan (Pakatan Harapan) menang.
“Tidak banyak yang tinggal untuk dilakukan orang
seperti saya, mungkin ramai yang akan tampil untuk jadi menteri jadi biarlah
mereka lakukannya,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Terdahulu, semasa memulakan perbahasan usul titah ucapan
Yang di-Pertuan Agong, Rafizi turut meminta maaf sekiranya kritikan pedas
selama lima tahun di Dewan Rakyat melukakan hati pihak sebelah kerajaan.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota
Parlimen Barisan Nasional (BN) yang disifatkan sangat terbuka ketika berhujah
dengannya.
Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lalu menjatuhkan
hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi dan seorang bekas kerani bank, Johari
Mohamad, kerana didapati bersalah membocorkan dokumen penyata baki akaun bank
milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat pada Mac 2012.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan
hukuman sementara menunggu proses rayuan selepas membenarkan permohonan peguam
Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Rafizi dan peguam Latheefa Koya yang mewakili
Johari.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel