Connect with us

Berita Lain

Pembangkang Guna Tun M Untuk Kepentingan Politik – Azalina


Datuk Seri Azalina Othman Said mendakwa bahawa Tun Dr
Mahathir telah digunakan oleh pembangkang untuk kepentingan politik mereka
apabila bekas perdana menteri itu dibawa menyertai sesi taklimat Rang
Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar di Parlimen hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata sesi taklimat
perundangan selama sejam itu telah diadakan secara tertutup antara beliau
dengan anggota-anggota Parlimen pembangkang di Bangunan Parlimen pada tengah
hari tadi dan tidak mengundang bekas perdana menteri itu.
“Saya pun tidak pasti bagaimana dia (Tun M) masuk, tapi
biarlah dia masuk, nak buat macam mana. Saya buat (taklimat) untuk MP
pembangkang sahaja… So kalau mereka panggil, saya nak buat macam mana? Itu hak
merekalah.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Tapi saya terkilan sebab saya dengan opposition, kita ada
banyak undang-undang nak bincang.. tapi tadi nak bincang, mereka bincang isu
politik… macam mana nak bincang tentang perundangan tersebut?” katanya kepada
wartawan di Bangunan Parlimen.
Katanya, Dr Mahathir telah diguna oleh pembangkang untuk
memenuhi agenda politik mereka.
“Saya tak salahkan Tun M. Bagi saya dia telah diguna pakai
oleh pembangkang sebab pembangkang ni nak gunakan Tun M sebagai taktik hendak
menakut-nakutkan…. Tapi saya kesian kat Tun M,” katanya.
Azalina berkata tindakan beberapa anggota parlimen
pembangkang yang meninggalkan taklimat sebelum ia berakhir menyukarkan lagi
proses penerangan mengenai RUU itu dan menunjukkan keadaan mereka yang
terdesak.
“Pagoh keluar, Lembah Pantai keluar, dia (Tun M) pun keluar
sebelum habis (sesi taklimat). Tapi nak buat macam mana… mereka datang cakap,
lepas itu keluar,” katanya.
Mengulas lanjut, Azalina berkata kerajaan kini adalah lebih
terbuka kerana sedia mengadakan dialog dan taklimat dengan pembangkang ketika
hendak menggubal sesuatu undang-undang berbanding semasa pemerintahan Dr
Mahathir yang tidak pernah diadakan sesi sedemikian bersama blok tersebut.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya sekurang-kurangnya berdialog untuk kepentingan awam
supaya sebagai wakil rakyat, mereka boleh bersuara dan menyatakan pandangan
tentang perundangan tersebut.
“Saya hendak dengar pandangan (dari sudut) undang-undang,
tetapi mereka hanya memberikan pandangan dari sudut politik,” tambahnya.
-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel