Connect with us

Berita Lain

Rosmah: Demi Rakyat, BN Perlu Menang


Anggota Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri
Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) perlu bersedia dan bersama-sama menangkis
segala tohmahan dan fitnah membuta tuli yang ditujukan kepada kerajaan
berikutan bahang pilihan raya umum ke-14 semakin terasa.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata
mutakhir ini segelintir pihak tidak bertanggungjawab sanggup dan tergamak
mencetuskan bibit-bibit perpecahan, persengketaan dan menyemarakkan api
permusuhan, namun anggota Bakti perlu kuat dan bersedia menghadapi situasi itu
bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional.
“Demi kesejahteraan rakyat Malaysia, Barisan Nasional
perlu menang.
Jika kita dilihat tidak bersatu, jika kita hilang solidariti
dan jika kita hilang kesepaduan, tentunya perkara ini akan memberikan bonus
kepada pihak di sana.,” katanya ketika merasmikan mesyuarat agung ke-41
Bakti di Kuala Lumpur hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam konteks itu, Rosmah yang juga Yang Dipertua Bakti
menyeru anggota badan itu untuk bersama-sama berperanan dan turun padang bagi
menjayakan beberapa program penting seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Sesi
Bersama Mahasiswa, Sambutan Tahun Baharu Cina, Program Prihatin Wanita Bakti di
Teluk Intan dan Hulu Selangor yang telah dirancang.
“Walaupun sibuk dengan tuntutan semasa sebagai isteri
pemimpin, namun anggota Bakti masih mempunyai tanggungjawab kepada persatuan
dan rakyat yang memerlukan perhatian.
“Saya yakin biarpun menggunung cabaran menghalang,
meskipun hebat apapun tentangan yang tiba, kita ahli-ahli Bakti dengan
beraninya harus berdepan dan mara menuju kemenangan,” katanya.
“Kalau kita bekerjasama di antara satu sama lain, setia
kepada Bakti dan bersatu-padu dalam sebarang situasi, Insya-Allah kita mampu
menawan hati nurani rakyat,” katanya.

Rosmah berkata kejayaan dan kemajuan negara sehingga kini
merupakan hasil usaha gigih pentadbiran cekap serta sistematik di bawah
pimpinan kerajaan BN.

Katanya kerajaan pemerintah sejak dahulu hingga kini bukan
hanya pandai bermain dengan kata-kata dan memanipulasi rakyat dengan ayat
berbaur fitnah tetapi telah membuktikan keupayaannya dengan rekod pencapaian
cemerlang termasuk kedudukan ekonomi kini di tahap membanggakan, keselamatan
dan keamanan yang stabil serta infrastruktur yang mantap.
Mesyuarat yang dihadiri lebih 80 anggota Bakti itu
dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC)
Datuk Yasmin Mahmood.
Turut hadir Isteri Timbalan Perdana Menteri yang juga Naib
Dipertua Bakti Datin Seri Hamidah Khamis.
Terdahulu dalam ucapannya, Rosmah berkata sejak 41 tahun
lepas, Bakti telah digerakkan secara bersama, berstrategi dan berpandangan jauh
tanpa memikirkan kepentingan peribadi, sebaliknya sentiasa mendahulukan
kepentingan rakyat tanpa mengira latar belakang, fahaman agama mahupun
perbezaan politik.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Katanya badan amal itu juga sentiasa merencana
program-program yang memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan dan secara
keseluruhan, Jawatankuasa Kecil Kebajikan Bakti telah membelanjakan RM1.9 juta
untuk kerja-kerja kebajikan.
Di bawah Jawatankuasa Kecil Pendidikan, Bakti antara lain
memperuntukkan RM1.2 juta untuk Program Dermasiswa Bakti yang telah
memanfaatkan 2,054 orang pelajar di seluruh negara selain masing-masing
RM50,000 lagi disumbangkan kepada pelajar-pelajar kurang berkemampuan tetapi
berprestasi tinggi di Universiti Malaysia Kelantan dan Universiti Sains Islam
Malaysia.
Pada 2017, Bakti telah digerakkan untuk membantu golongan
memerlukan termasuk menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Pulau Pinang,
Terengganu dan Kelantan selain menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa
kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Kuala Lumpur.
“Secara keseluruhannya, Jawatankuasa Kecil Bencana Alam
Bakti telah membelanjakan sebanyak RM270,000,” katanya.
– Bernama

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel