Connect with us

Berita Lain

Selesai Rundingan Kerusi, PH Perak Ke Fasa Mobilisasi


PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) Perak kini berada di
fasa mobilisasi selepas selesai rundingan kerusi Parlimen dan DUN Rabu lepas.
Penyelaras Deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddn Abu Hassan
berkata PH Perak hari ini mengadakan mesyuarat penerangan jawatankuasa
mobilisasi dan komunikasi di Taiping untuk menyusun gerak kerja para ketua
penerangan dan pegawai komunikasi PPBM, DAP, PKR dan Amanah dari seluruh Perak.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Keseluruhan peserta dari parti-parti komponen PH Perak
sudah menunjukkan kemantapan. Semua jentera yang terlibat telah berjaya
memperkemaskan serta memperkuatkan gerak kerja peringkat akar umbi bagi
menghadapi PRU14 yang dijangka berlaku pada bila-bila masa dari sekarang,”
katanya dalam kenyataan hari ini.
PH Perak dilaporkan sudah memuktamadkan fasa pembahagian 24
kerusi Parlimen dan 59 kerusi DUN sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum PRU14.
Bilangan kerusi parti yang bertanding akan diumumkan dalam masa terdekat.
PH Perak kini sedang giat menjayakan ceramah Perdana Jelajah
PH di beberapa kawasan terpilih, menampilkan pimpinan tertinggi gabungan itu
termasuk calon perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalan Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Semalam, Mohamad Sabu berkata rundingan kerusi Parlimen dan
DUN sudah selesai kecuali di Sabah dan Selangor.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement

– FMT

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel