Connect with us

Berita Lain

Siti Selamat Bersalin Anak Perempuan


KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza
selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di sini, kira-kira
jam 8.17 pagi tadi.
Siti melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara
pembedahan.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pengurusnya, Rozi Abdul
Razak, Siti, 39, dan bayi berada dalam keadaan baik. Ketika ini, hanya keluarga
terdekat saja dibenarkan melawat, lapor BH Online.
Suami penyanyi popular itu, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa
bersyukur dengan kelahiran cahaya matanya itu.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Apa yang penting bagi saya adalah proses melahirkan
bayi berjalan dengan baik, isteri dan anak juga sihat.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih atas doa dan
sokongan ahli keluarga, rakan-rakan, peminat dan pihak media sejak dari awal
kehamilan sehinggalah Siti selamat melahirkan bayi,” katanya yang turut
menemani isteri kesayangannya itu di pusat perubatan berkenaan.
Pasangan ini memilih hari Isnin untuk kelahiran anak pertama
mereka kerana bersamaan dengan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW selain jatuh
pada tarikh 1 Rejab.
Buat masa ini, Siti mahu diberi ruang untuk berehat dan
menumpukan perhatian pada hari-hari awal bergelar ibu.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mengenai wajah dan nama anak, Siti dan Khalid meminta diberi
sedikit masa sebelum mengumumkannya.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel