Connect with us

Berita Lain

Ucapan Saya Disalah Tafsir- Mohamad Hasan


SEREMBAN: “Saya hanya bergurau, tetapi ucapan itu disalah tafsir. Jika mahu menggalakkan gengsterisme, takkan saya bercakap secara terbuka seperti itu,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Mohamad mengulas mengenai klip video yang tersebar di laman sosial mengenai beliau dikatakan menyuruh penyokong Barisan Nasional (BN) menggunakan kekerasan termasuk menterbalikkan meja di kedai kopi yang menjadi tempat orang memfitnah kerajaan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Beliau yang juga Pengerusi BN Negeri Sembilan, berkata beliau hanya mahu menaikkan semangat penyokong BN supaya menolak fitnah dan berita palsu yang semakin menjadi ‘budaya’ dalam kalangan masyarakat pada satu majlis di Rantau di sini, Ahad lalu.
“Apabila saya cakap terbalikkan meja di kedai kopi, saya tidak maksudkan supaya perkara itu dibuat betul-betul. Itu hanya kiasan supaya anak-anak muda bersemangat menangkis fitnah yang dilempar kepada kerajaan dengan menerangkan situasi sebenar kepada pihak terbabit.
“Ramai orang tahu yang kadang-kadang saya suka bergurau, tetapi kali ini, mungkin ayat saya disalah tafsir. Saya sebenarnya suruh ‘serang’ fitnah dan isu, bukan bergaduh.
“Saya bertanggungjawab sepenuhnya dan kepada sesiapa yang salah tafsir, saya minta maaf, tetapi saya tiada niat langsung mahu menggalakkan budaya gengsterisme,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di sini, hari ini.
Mohamad yang menyedari ada pihak membuat laporan polis terhadapnya berhubung isu itu, berkata beliau bersedia memberi kerjasama bagi membantu siasatan pihak berkuasa.
Mengulas, keupayaan BN Negeri Sembilan, beliau berkata, pihaknya yakin dapat mempertahankan 22 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

“Saya difahamkan pembangkang kata mereka yakin menang 19 kerusi DUN pada PRU-14. Itu sasaran mereka, tetapi kita juga ada sasaran dan strategi tersendiri.
“Selain mempertahankan 22 kerusi itu, kita akan bekerja keras untuk menang lima hingga tujuh kerusi DUN lagi pada PRU-14. Kita sudah menggerakkan jentera termasuk menyelesaikan semua isu dan menepis fitnah dilemparkan terhadap BN,” katanya
Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kuala Pilah, Kamarulzaman Kamdias berkata, beberapa laporan polis dibuat pihaknya terhadap Mohamad di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah dekat sini, pagi tadi.
– BH Online

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel