Connect with us

Berita Lain

Wanita Jadikan Plasentanya Sebagai Minuman



‘KEMBANG tekak’ apabila melihat wanita ini menjadikan plasenta sebagai air dan diberikan kepada suami serta anak lelakinya yang berusia tiga tahun untuk diminum.

Plasenta adalah organ yang menyediakan oksigen dan nutrisi bagi bayi untuk pertumbuhan dan perkembangan dalam kandungan.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Melalui plasenta juga, bayi dapat membuang zat-zat buangan yang tidak diperlukan, seperti karbon dioksida, yang kemudian diteruskan ke aliran darah ibu untuk dibuang oleh sistem dalam tubuh ibu.
Perbuatan wanita itu, Jay Woodall, 33, dari Hampshire, telah mengundang kecaman ramai tapi dia tidak peduli.
Jay, yang mempunyai empat anak dengan yang bongsu berusia tujuh bulan, bersama suaminya, Jon, 34, telah lama berhasrat untuk menggunakan plasentanya.
Dia membayar £30 untuk plasenta mentah itu ditukarkan kepada smoothies dan baki bahan berkenan ditukar kepada pil, dengan nilai £150.
“Ada orang anggap ia sebagai menjijikkan dan tidak sedap tapi ada yang berminat dan bertanya soalan kepada saya.
“Saya tidak peduli, semua orang boleh bercakap tetapi ini badan saya dan saya yang membuat keputusan. Saya akan mencuba perkara yang boleh memberikan manfaat kepada kesihatan saya sekeluarga,” katanya yang memberitahu tiada bezanya dengan makan daging.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Ditanya mengenai rasa air itu, Jay berkata, ia rasa seperti smoothie buah beri yang mengandungi air kelapa.
Dia mendakwa dengan minum plasenta itu, ia telah meningkatkan kesihatannya malah tidurnya lebih nyenyak.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel