Connect with us

Berita Lain

1,000 Kenderaan Tawar Khidmat Bawa Pengundi Titiwangsa


KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya 1,000 kenderaan dengan
pelekat BN Titiwangsa akan digerakkan pada hari pengundian 9 Mei ini untuk
khidmat penghantaran pengundi ke pusat mengundi seluruh Parlimen itu.
Calon BN Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani
berkata, inisiatif itu digerakkan badan sukarelawan yang menawarkan khidmat
mereka demi memastikan 61,000 pengundi Titiwangsa melaksanakan tanggungjawab.

“Kenderaan seperti ‘uber’ atau ‘grab’…ada pelekat BN.
Pengundi boleh tahan dan gunakan khidmat kenderaan ini untuk ke pusat-pusat
mengundi.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada penggal lalu, khidmat seumpama ini juga telah
digerakkan namun kali ini ia akan bergerak terus pergi ke rumah-rumah pengundi
“Ini penting kerana pengundi ada hak untuk pilih siapa
wakil rakyat yang mereka mahu,”katanya.
Pada PRU13, seramai 4,000 pengundi Titiwangsa dikenal pasti
gagal keluar mengundi menjadi antara faktor kemenangan tipis BN dengan majoriti
866 di Parlimen itu.
Johari menegaskan, soal pemilihan wakil rakyat tidak boleh
diambil mudah kerana kuasa memilih adalah rakyat.
“Saya mahu pastikan setiap mereka yang tidak keluar
mengundi ini dapat melaksanakan amanah dan tanggungjawab memilih wakil rakyat
mereka,”katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel