Connect with us

Berita Lain

67,000 Pemandu Teksi Terima Kad Bantuan


SERDANG – Lebih 67,000 pemandu teksi seluruh negara menerima
Kad Bantuan Teksi 1Malaysia yang mengandungi nilai RM800 untuk pembelian petrol
atau gas asli (NGV) di stesen minyak Petronas.

Pada majlis penyerahan Kad Bantuan Teksi 1Malaysia itu di
sini hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata melalui kad
bantuan itu, pemandu teksi juga mendapat kemudahan lain di bawah program
kesetiaan Mesra Petronas, termasuk perlindungan insurans kemalangan peribadi
sehingga RM50,000.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();


Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kad itu akan
diagihkan oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan kerjasama
Kementerian Kewangan, dan melibatkan dana sebanyak RM53.6 juta.
“Saya percaya dengan penggunaan kad bantuan itu, ia dapat
mengurangkan kos operasi harian dan dengan itu meningkatkan lagi pendapatan,”
katanya ketika berucap pada majlis penyerahan kad bantuan itu di Taman Ekspo
Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini.
Majlis itu dihadiri lebih 10,000 pemandu teksi dari seluruh
negara. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy
Shukri; Pemangku Pengerusi SPAD, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan Ketua Pegawai
Eksekutif SPAD, Mohd Azharuddin Mat Sah.-BERNAMA


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel