Connect with us

Berita Lain

7 Mei: Semakan Kehakiman Tidak Benar Mohd Shafie Mengundi

Foto: New Straits Times

MAHKAMAH Tinggi Kota Kinabalu, menetapkan 7 Mei ini untuk
mendengar kes semakan kehakiman bagi mendapatkan perintah terhadap Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) untuk tidak membenarkan Presiden Parti Warisan Sabah
(WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengundi dan menjadi calon pilihan
raya.
Hakim Azhahari Kamal Ramli yang bersidang di dalam kamar
turut menetapkan 4 Mei bagi semua pihak yang terbabit untuk memfailkan hujahan
masing-masing.
Semakan kehakiman itu difailkan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO
Semporna, Datuk Mohd Ainal Fattah, kelmarin melalui peguam Marcel Jude dengan
menamakan SPR dan Mohd Shafie masing-masing sebagai responden pertama dan
kedua.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Dalam prosiding hari ini, SPR diwakili Peguam Persekutuan
Kanan Andy Razali Jaya dengan dibantu Dorine Patrick, manakala Mohd Shafie
diwakili peguam Datuk Doughlas Lind dan Chung Jing Dau.
Marcel ketika ditemui selepas prosiding itu, berkata pada 7
Mei nanti hakim akan membuat keputusan sama ada menerima semakan kehakiman
berkenaan atau sebaliknya atau menetapkan tarikh baharu untuk pendengaran
seterusnya.
Mohd Ainal sebelum ini memfailkan semakan kehakiman itu bagi
mendapatkan perintah mandamus daripada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan SPR
supaya menolak jika Mohd Shafie dicalonkan di sebarang kerusi pada Pilihan Raya
Umum Ke-14 (PRU-14).
Beliau turut memohon injunksi mandatori terhadap pencalonan
Mohd Shafie pada PRU-14 sehingga wang RM7.5 bilion yang didakwa hilang ketika
bekas Naib Presiden UMNO itu menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
dikembalikan, yang mana kes berkenaan masih dalam siasatan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Mohd Shafie ditahan SPRM pada 19 Oktober tahun lalu bagi
membantu siasatan berkaitan kes penyelewengan dana awam projek luar bandar di
negeri ini.
Mohd Shafie yang juga penyandang kerusi Parlimen Semporna
direman lapan hari sebelum dibebaskan Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas
jaminan SPRM sebanyak RM100,000 dengan RM80,000 deposit.



MyMetro

Advertisement

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel