Connect with us

Berita Lain

Biar pengundi buat keputusan – Johari


KUALA LUMPUR – Ketua UMNO Bahagian yang juga Ahli Parlimen
Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani tidak tahu bila Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan tarikh pilihanraya.
Cuma, katanya, sama-samalah tunggu bila Perdana Menteri
(Datuk Seri Najib Razak) mengumumkannya nanti kerana sudah ada tanda-tanda atau
ke arah itu.
“Tunggulah PM (Perdana Menteri) umum… PM dah bagi klu… kita
tunggulah beliau buat pengumuman. Saya pun tak tahu bila, saya kena tunggu
beliau umum,” katanya kepada pemberita selepas merasmi penutup Ekspo Juala
Perumahan Edisi Nasional di Dewan Tun Abdul Razak I di Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Ditanya mengenai kain rentang yang dipasang pihak tertentu,
dipercayai pembangkang yang tertera perkataan, “Rakyat tidak mahu Dato’ Jo”,
beliau berkata, kempen seperti itu sudah menjadi perkara biasa dalam politik.
“Biasalah dalam politik ni. Kalau kita tengok apa yang dia
orang bantai Datuk Najib dan bantai menteri-menteri ni biasa dalam politik.
“Dalam politik ni mana ada orang yang dapat seratus peratus
sokongan, tak ada. Tapi berkempen mengatakan Datuk Johari tak nak, ini bukan
dari dia orang yang buat keputusan.
“Kita tunggu keputusan dari pengundi kerana mereka ini yang
menentukan pemimpin mana yang mereka kehendaki,” katanya.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Johari yang juga Menteri Kewangan II berkata, pembangkang
atau musuhnya tidak boleh memberi jaminan mana-mana pemimpin kekal di tempat
itu kerana yang dapat memberi jaminan ialah pengundi di kawasan berkenaan.
“Jadi, kita tunggu PRU… kita tengok (siapa menang, siapa
kalah). Mungkin mereka (pembangkang) tidak tahan tunggu PRU sebab itu mereka
gantung poster,” katanya. 

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel