Connect with us

Berita Lain

Cucu Ghafar Baba Cabar Najib Di Pekan Selepas Calon Undur


PETALING JAYA: Zahid Mat Arip, yang pernah menjadi pegawai
khas kepada bekas pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad, kemungkinan besar
bertanding di Pekan menentang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, menurut
sumber PPBM.
Ia selepas Kamarul Ariffin Mohd Shahar, calon yang sebelum
ini dinamakan untuk cabar Najib, bersetuju berundur selepas pertemuan dengan
Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.
Menurut Kamarul, bekas perdana menteri itu sudah menjelaskan
strategi untuk Pekan dan meminta beliau berkorban untuk memberi laluan kepada
calon baru.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Ia juga ketara daripada penjelasan Tun, strategi itu juga
akan mengubah landskap politik di Malaysia,” katanya.

“Saya setuju atas permintaannya dan untuk memberi laluan
kepada Zahid Mat Arip.”
Sumber memberitahu FMT, Dr Mahathir dijangka mengumumkan
pencalonan Zahid hari ini.
Zahid yang juga ahli Majlis Tertinggi PPBM, ditahan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Ogos lepas bagi membantu
siasatan ke atas pembelian hotel dengan harga lebih tinggi berbanding nilai
pasaran oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kuching.
Beliau menafikan sebarang salah laku dan mendakwa penahanan
itu satu bentuk penganiayaan.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Zahid, cucu kepada arwah timbalan perdana menteri Tun Ghafar
Baba, sebelum ini pernah memfailkan tuntutan untuk mengubah status Laporan
Ketua Audit Negara mengenai 1MDB. Bagaimanapun, tindakan itu digugurkan.
Najib menyandang kerusi Pekan sejak 1976, dan pada pilihan
raya umum lalu menang dengan majoriti 35,613 undian. Beliau meraih 51,278
undian menentang Mohd Fariz Abd Talib dari PKR yang memperoleh 15,665 undian.

FMT

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel