Connect with us

Berita Lain

Hina rakyat Sabah, Sarawak pemalas, Mahathir dikecam


KOTA KINABALU, 4 April ― Tun Dr Mahathir Mohamad bukan
negarawan sejati jika tergamak menghina rakyat Sabah dan Sarawak sebagai
golongan malas, kata pembantu menteri kepada ketua menteri Sabah Datuk Mohd
Arifin Airif hari ini.
Mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu pada satu forum
di Kuala Lumpur baru-baru ini, Mohd Arifin kesal dengan tindakan Dr Mahathir
itu, yang pernah disegani orang ramai sebagai pemimpin yang lama mentadbir
negara.
“Saya berharap itu bukanlah kenyataan beliau (Dr Mahathir).
Tetapi kalau itulah kenyataannya, itu sudah tidak betul.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Kalau beliau telah berkata begitu, ertinya beliau bukanlah
seorang negarawan yang melihat rakyat sebagai manusia yang telah diberi akal
dan jiwa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis
Penyerahan Sumbangan Kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) di sini.
Mohd Arifin juga meminta agar rakyat di Sabah, khususnya,
tidak dipandang rendah oleh sesiapa kerana masing-masing diciptakan dengan
fitrah dan kapasiti yang sama.
Pada forum itu, pengerusi Pakatan Harapan itu dilaporkan
berkata Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding
negeri lain di Semenanjung kerana masyarakatnya “bermentaliti rendah” dan
pentadbir dua negeri itu yang tamak dan mahu meraih wang cepat seperti menjual
hasil balak negeri ke luar negara. ― Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel