Connect with us

Berita Lain

Janji Pada Rakyat, Mohon Pada ALLAH Hadapi PRU14


KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Pengerusi
Barisan Nasional (BN) semasa melancarkan manifesto parti itu untuk pilihan paya
umum ke-14 (PRU14) malam ini, bukan hanya menyatakan janji kepada rakyat tetapi
juga ke hadrat Allah S.W.T.
Bacaan doa Najib yang juga perdana menteri sebelum
mengakhiri ucapan pelancarannya menunjukkan keseriusan beliau dan BN yang
bertawakal kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa untuk membantu BN memperoleh
kemenangan dan terus diberi mandat pada PRU akan datang.
Selepas membentangkan 14 Aku Janji dengan 364 initiatif
untuk rakyat, Najib menyeru ribuan anggota dan penyokong yang hadir di dalam
Axiata Arena untuk bersama-sama mengaminkan doa yang dibacakan, suatu
pendekatan yang unik dalam majlis seumpamanya.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Saya menyeru sekalian yang hadir agar kita dapat bertenang
dan berdiam sebentar. Bersama-samalah kita menunjukkan kesatuan kita dan
marilah kita mengaminkan doa. Hakikatnya kepada Allah jualah yang kita perlu
bertawakal dan memohon pertolonganNya,” katanya semasa berucap pada majlis itu.
Najib kemudian membacakan doa tersebut yang berbunyi:
“Bismillahirrahmanirrahim, Dengan Nama Tuhan Yang Maha
Pemurah Lagi Maha Penyayang,…
Ya Tuhan Semesta Alam, kami ingin terus merafak harapan
membumbung kepadaMu, biar pun burung-burung berhenti bersiulan, sekalipun bumi
ini kontang tidak menghijau lagi, hatta alam sekeliling jadi membisu.
Mohon barang dijauhkanlah oleh-Mu Ya Tuhan, daripada
sebarang mala petaka, menimpa Malaysia tercinta ini.
DiKau terus berkatilah perjuangan parti Barisan Nasional
yang telah terbukti jasanya lebih enam dekad ini, demi mempertahankan masa
depan tanah air kita daripada ancaman pendusta dan pelelong bangsa.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

DiKau berilah peluang kemenangan kepada kami di dalam
pilihan raya umum ke-14 ini dengan membuka pintu hati rakyat agar memberi
kepercayaan dan mandat kepada kami sekali lagi untuk terus berkhidmat demi
Malaysia tercinta.
Demi membina sebuah masa depan yang lebih baik, bukan sahaja
untuk kita tetapi untuk anak cucu keturunan kita kelak.
Ya Tuhan, dalam perhimpunan pelancaran manifesto yang
bermakna malam ini, kami berikrar, bersumpah dan berjanji bahawa,untuk Malaysia
tercinta, dan rakyat terkasih, seandainya kami terus diberi peluang dan
dimandatkan untuk mentadbir dan memerintah tanah air ini, tidak sesekali kami
akan lalai dan leka.
Kami akan memperbaiki apa jua kelemahan yang telah lalu dan
kali ini kami akan berjuang habis-habisan ke titisan darah yang terakhir, demi
menjulang Malaysia ke persada antarabangsa.
Amin,… Ya Rabbal A’lamin”. – BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel