Connect with us

Berita Lain

Kerjasama Anwar, Mahathir Sekadar Retorik


KLUANG – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein menyifatkan kerjasama antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tun Dr
Mahathir Mohamad sekadar retorik semata-mata dan tidak mungkin akan terlaksana.
Beliau berkata sekiranya perkara itu benar-benar boleh
dilaksanakan, ia telah lama terlaksana dan tidak memerlukan kerjasama daripada
pelbagai parti pembangkang termasuk DAP.

“Kita dalam Umno dahulu telah menyaksikan kerjasama mereka
(Tun Mahathir dan Anwar) bila diuji gagal, apatah lagi kalau mereka bekerjasama
di luar. Jadi apa yang kita perlu takutkan?

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

“Pada masa itu, mereka berada dalam bahtera Umno sebagai
Presiden dan Timbalan Presiden, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di
mana pada masa itu pun kita tidak boleh nampak kerjasama mereka, jadi apa yang
kita perlu takutkan di luar sana?,” kata beliau kepada pemberita selepas Majlis
Warga Felcra  Wilayah Johor Bersama
Pemimpin di Kampung Melayu Batu 4, Paloh, Kluang, di sini, hari ini.
Menteri Pertahanan itu berkata orang ramai boleh menilai
sendiri kata-kata Anwar.
Hishammuddin diminta mengulas mengenai kenyataan beberapa
tokoh pembangkang yang mendakwa Umno gentar terhadap kerjasama dua pemimpin
itu. 
Sementara itu, beliau berkata kementeriannya menyambut baik
cadangan Felcra untuk   membangunkan
kawasan Paloh di Sembrong sebagai pusat gedung makanan dalam negara.


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Menurutnya, isu berkaitan keselamatan makanan merupakan
salah satu perkara penting yang mendapat perhatian Kementerian Pertahanan
(MINDEF) dalam memastikan bekalan makanan negara pada masa  hadapan terjamin.
Felcra juga mencadangkan agar mana-mana anggota tentera yang
akan bersara menganggotai Skim Pertanian Bersama Felcra.   -Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel