Connect with us

Berita Lain

Lepas 48 Jam, Cikgu Jaafar Kembali Ke Pangkuan Amanah


SHAH ALAM – Bekas pengarah pilihan raya Parti Amanah Negara
(Amanah) Selangor Jaafar Samsuddin hari ini membuat pusingan ‘U’ apabila
memutuskan untuk kembali ke pangkuan parti berkenaan selepas bertindak keluar
parti pada Rabu lalu.
Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, bermula hari ini
Jaafar akan bersama-sama jentera parti dalam menghadapi PRU14 pada 9 Mei ini.
“Jaafar akan bertugas sebagai anggota Amanah dan Ketua
Kawasan Kota Raja. 

Berhubung jawatan beliau sebagai pengarah pilihan raya
Amanah Selangor ia akan dibawa dalam perbincangan di peringkat nasional,”
katanya selepas mengadakan pertemuan dengan Jaafar di sebuah hotel di sini hari
ini.

Loading…

(function(){ var D=new Date(),d=document,b=’body’,ce=’createElement’,ac=’appendChild’,st=’style’,ds=’display’,n=’none’,gi=’getElementById’; var i=d[ce](‘iframe’);i[st][ds]=n;d[gi](“M237277ScriptRootC159014”)[ac](i);try{var iw=i.contentWindow.document;iw.open();iw.writeln(“”);iw.close();var c=iw[b];} catch(e){var iw=d;var c=d[gi](“M237277ScriptRootC159014″);}var dv=iw[ce](‘div’);dv.id=”MG_ID”;dv[st][ds]=n;dv.innerHTML=159014;c[ac](dv); var s=iw[ce](‘script’);s.async=’async’;s.defer=’defer’;s.charset=’utf-8′;s.src=”//jsc.mgid.com/m/a/malaysianupdate.com.159014.js?t=”+D.getYear()+D.getMonth()+D.getDate()+D.getHours();c[ac](s);})();

Pertemuan kira-kira sejam itu turut dihadiri antaranya
Penolong Setiausaha Amanah Kota Raja, Mohd Norddin Che Omar dan Pengerusi Biro
Integrasi Amanah Selangor, S Lakshamanan.
Sementara itu, Jaafar berkata, beliau akan menghantar surat
kepada Setiausaha Agung Amanah hari ini berhubung hasratnya untuk menyertai
semula parti berkenaan.
Pada Rabu lalu, Jaafar yang keluar daripada Pas dan
menyertai Amanah  pada 2016, dilaporkan
bertindak keluar parti kerana kecewa dengan sikap kepimpinan parti yang tidak
menghiraukan suara anggota parti serta atas beberapa alasan peribadi. – Bernama


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

Advertisement


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel